Tuesday, 29 November 2011

Yang mana satu?

Antara jawapan yang diberikan apabila tanya anak-anak muda masa kini tentang kenapa tak nak pergi mengundi...

1. Wajib ke mengundi tu?
2. Nak pilih yang mana?
3. Tak sedar dah cukup umur..
4. Malas la nak pi mengundi..
5. Pening nak pilih sebab banyak sangat isu-isu yang mengundang kekeliruan
6. Ala.. tu bukan penting pun.
7. Rimas nak beratur panjang masa mengundi.
8. Tak tau mengundi tu penting
9. Pilih ke tak pilih ke bukan dapat apa pun..
10. Malas nak mendaftar.

Senarai diatas mungkin nampak banyak.. tetapi ada lagi alasan-alasan yang ada didalam benak fikiran anak muda tapi tak payah nak disenaraikan sebab bukan alasan yang hendak dibincangkan  dalam penulisan ku hari ini. Yang perlu dibincangkan adalah kenapa ramai sangat anak-anak muda yang gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dalam memilih pemimpin.

Adakah disebabkan kurang kesedaran atau kurang pendedahan kepada politik? Sebenarnya kedua-duanya adalah faktor yang tepat apabila sistem Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan di unversiti. Sebagaimana yang kita ketahui pendedahan awal sistem politik yang terbaik ialah ketika di awal usia 20an iaitu ketika di universiti. Ini kerana ketika usia begitu, anak-anak muda ini gemar akan pekara-pekara yang mencabar dan ingin mencuba. Mereka penuh dengan perasaan ingin tahu. Jadi.. semangat yang berkobar-kobar akan melatih mereka untuk belajar memilih pemimpin secara tidak langsung. Selain itu, suara anak muda adalah suara yang berani dan bersemangat.


Walhal.. sejak perkenalan sistem AUKU..kebebasan berpolitik anak muda disekat dan mereka semakin tidak mengambil berat tentang isu politik negara. Malahan kalau Malaysia ini telah dijajah oleh orang bukan Islam pun diorang tak sedar. sebab apa.. sebab mereka seronok dibuai mimpi dan langsung tiada kesedaran kepentingan memilih pemimpin.



Walau bagaimanapun.. baru-baru ini kerajaan Malaysia bersedia meminda atau memansuhkan sistem AUKU. Namun mampukah semua ini mengembalikan semangat dan kesedaran anak muda tentang kepentingan mengundi dalam masa yang singkat. Kerana sesuatu perubahan yang besar memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk membentuk kesedaran mengundi dan berpolitik yang kian luput dihati anak muda kita pada masa kini yang masih dibuai mimpi indah. Satu persoalan yang menjadi kebimbingan untuk Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ialah sejauh mana anak muda sedar betapa kritikalnya sistem politik di Malaysia..Hanya tunggu masa untuk rebah dibumi sendiri. Tunggu masa untuk dijajah kembali.. 

* Kadang-kadang manusia itu lupa tentang sesuatu yang penting sehingga dia mula merasakan kehilangannya..

Sekalung Peringatan buat anak muda diluar sana:

Sedarlah wahai shabab..
Memilih itu kewajipan yang pasti ke atas kita. 
Melalui pemilihan yang memenuhi ciri-ciri pemimpin Islam,  maka seorang pemimpin yang bergelar 'Amirul Mu'minin akan terlantik..
Malahan.. melalui pemilihan yang betul dan mengikut syariat.. terbentuklah sebuah pentadbiran yang akan melaksanakan syariat Islam.
Dan yang paling penting negara yang aman dan makmur pada zaman Khulafa' Al-Rasyidin dapat dikembalikan.

Ketahuilah wahai Shabab...
Apa yang dipilih oleh kita itu akan dipersoal oleh Allah pada satu ketika..
Baik pilihan kita, maka pahala dan syurgalah balasannya, namun sekira sebaliknya terjadi, maka saham dosa dan nerakalah balasnnya..


Wahai Shabab yang masih leka..
Sedarkah kalian bahawa satu hari nanti kalian yang akan mengambil alih tampuk pimpinan negara ini..
Sekiranya kelekaanmu masih beterusan.. maka jangan menunding jari pada orang lain kerana tidak mengingatimu dikala engkau menjadi peminta sedekah dinegara sendiri.
Tetapi salahkan dirimu disebabkan kelalaianmu ketika engkau diberi peluang membuat pilihan.

Bangunlah wahai shabab dari dibuai mimpi indah..
Jangan biarkan kita dijajah oleh musuh Islam buat kali kedua dek kerana kelalaian kita..
Jangan biarkan kita dijajah oleh musuh Islam buat kali kedua dek kerana kesilapan kita memilih pemimpin.
Jangan biarkan kita terus dibuai dengan janji-janji manis musuh Islam dalam melalaikan kita..
Bangunlah wahai shabab dan ikhlaskan hatimu dalam memilih pemimpin.



Obses Cinta

Cinta itu dan fitrah setiap insan. Namun.. dewasa ini ramai yang menjadi obses dengan cinta. Ada yang sanggup bergaduh kerana cinta. dan yang paling teruk yang sanggup membunuh kerana obses dengan cinta. 


Obses cinta mungkin boleh jadi positif atau negetif. Positifnya apabila obses terhadap cinta kearah kebaikan seperti cintakan Ilahi dan Rasulnya. Obses cinta dijalan Allah adalah pekara yang dituntut untuk melahirkan seorang yang setia dan ikhlas berjuang di jalan Allah.

Obses cinta yang negetif pula seperti cintakan manusia. Di mana cinta antara pasangan kekasih yang belum tentu dipenghujungnya akan bersatu dibawah ikatan yang suci. Sebagaimana yang terjadi pada hari ini. Ramai anak muda yang obses dengan cinta nafsu dan  menyebabkan gejala-gejala sosial yang tumbuh bak cendawan.

Selain itu, Obses cinta yang negetif adalah sepserti cintakan harta, dan pangkat. Terlalu ramai yang terjerumus kedalam kancah kelalaian dek kerana terlampau cintakan cintakan harta, dan pangkat .

Justeru.. jangan terlalu obses dengan sesuatu yang belum tentu ada penghujung yang baik..

Friday, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah


Telah berlaku hijrah Muhajirin,
Tegar berpadu, Teguh Pegangan,
Tanda bersatu seluruh muslimin,
Bukti Islam dihati, bertambah iman.

Di Kota Madinah, Muhajirin Berpindah,
Mengikut Kekasih Allah,
Segala ikatan terbukti sudah,
Islam mengikat talian ukhwah.

Azam dan cita untuk berubah,
Bagi merealisasikan impian yang indah,
Tahun Baru hadirlah sudah,
Tinggal kenangan menjadi sejarah.

Hijrah kita untuk berubah,
berputik azam untuk kebaikan,
Usha diri  terus bercambah,
Untuk buktikan sebuah impian.

Salam hijrah bermula ikatan,
Lembaran baru bermula dihari keramat, 
Semoga sentiasa dalam keberkatan,
Serta berada dibawah lembayung rahmat.


Doa Awal dan Akhir Tahun dibaca selepas Asar dan sebelum Maghrib


Nukilan oleh: Bonda Nasha




Thursday, 24 November 2011

8 Tips Menjadi Cantik


Cantik!!!!

Apa maksud cantik yang anda semua faham? Mesti pelbagai definisi yang akan keluar.. Hari ini kita bukan nak menceritakan tentang pengertiaan cantik tapi nak bagi tips menjadi cantik..

 8 tips cantik secara semulajadi

Pertama:
Mempunyai akhlak dan peribadi yang baik. Dari akhlak yang baik.. terpancarlah kecantikan yang kekal dari dalaman

Kedua:
Sentiasa mengambil wuduk dan solat untuk nur pada wajah 

Ketiga:
Sentiasa membaca al-quran untuk memulihara dan memelihara pancaindera

Keempat:
Sentiasa tersenyum biarpun masalah bertimbun atas kepala

Kelima:
Sentiasa positif dengan kehidupan.

Keenam:
Menutup aurat juga mendorong pemeliharaan kecantikan..

Ketujuh:
Sentiasa bersenam. Kecantikan yang terbaik datang dari kesihatan yang baik. 

Kelapan:
Memotivasikan diri menjadi lebih yakin dan berani dalam menyuarakan pendapat dan kebaikan. Ini kerana keyakinan membawa kepada kecantikan yang abadi..






Duhai Hati Kecilku..


Duhai hati...
Aku menjadi tidak keruan dan resah kerana kau..
Kau menjadikan aku berada didalam dilema dengan memikirkan tentang perasaan.
Kau melahirkan pelbagai perasaan yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Duhai hati..
Kau mampu membuatkan nafsu amarahku berputik..
Kau mampu membuatkan jiwaku sengsara dek rasa bersalah.
Dan kau mampu membuatkan aku hilang pertimbangan..



Duhai hati..
Kau juga mampu mengalunkan muzik rindu didalam jiwaku..
Dan kau juga mampu membungakan perasaan sayang.
Malah kau mampu membuatkan jiwaku terusik dek simpati dan kasihan.

Duhai hati..
Kau yang membentuk jiwa dan sanubariku.
Kau mampu menjadikan aku seorang yang baik atau sebaliknya.

Duhai hati..
Tiada apa yang mampu aku harapkan dari engkau  melainkan mengawal perasaan dan jiwaku dari pekara yang dibenci oleh Allah.
Namun.. aku mengharapkan kekuatan untuk melawan pelbagai perasaan yang negetif dari engkau..



Wednesday, 23 November 2011

Buat Saudara yang Aku Sayangi

Harta kekayaan, nama dan pangkat serta kemewahan takkan boleh dibawa ke alam barzakah mahupun akhirat.  Namun... kini ramai yang menjadi alpha dan asyik untuk mengejar kesenangan dunia yang hanya pinjaman buat makhluk alam ini. Saudara mara dan hubungan saudara kandungan terpisah dek kerana harta, pangkat dan darjat. Terlalu sedih untuk diperkatakan, namun hakikatnya majoriti umat Islam kini berpecah belah dek kerana janji manis dunia tersebut. Janji yang dibina dek hasutan nafsu dan keseronokkan dunia. Kenapa harta dan darjat yang dikejar wahai manusia? Untuk apa? Lupakah kita.. dunia ini hanya pinjaman dan kita pasti akan meninggalkanya. 

Wahai saudara yang aku kasihi.. 
Tahukah engkau bahawa.. hubungan persaudaraan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit atau pun pangkat darjat. Malah tika kau kehilangannya, kau mungkin takkan dapat kembalikannya melainkan dengan kehendak dan IzinNya. 

Bergaduh dan usik mengusik itu kemanisan dalam bersaudara
Wahai saudara yang aku sayangi... 
Tahukah engkau bahawa betapa sedih dan sunyinya hidup didalam dunia tanpa kasih sayang saudara mara atau ikatan silaturahim. Dan tahukah engkau betapa sunyi dan resahnya jiwa ini tika kita memutuskan hubungan silaturahim serta kasih sayang antara saudara seislam atau saudara kandung sendiri.
Kita adalah satu
Wahai saudara yang aku ingati...
Allah telah menciptakan kita dengan sifat rahim... iaitu kasih sayang. Namun.. betapa sedihnya kita mensia-siakan sifat sayang ini. Kita mengabaikannya. Dahsyatnya wahai manusia dek kerana sikap ego dan angkuhmu ini. Alangkah sedihnya apabila manusia yang kononnya dikatakan makhluk terbaik tidak menghargai langsung rahmat yang diberi Allah ini.

Wahai saudara yang membuatkan hatiku menjadi resah gelisah..
Tika kau mengucapkan perpisahan yang bukan dari kehendakku.. dan bukan dek kerana perpisahan yang disebabkan kematian, hatiku beristhgfar dek kerana takutkan azab Ilahi. Dan tahukah engkau.. tika engkau tidak menegur sapa denganku melebihi 3 hari.. Pahala amalan tidak akan diterima oleh Allah sehingga kita bersatu kembali. 

Wahai saudara yang masih dibuai mimpi indah kesenangan...
Tahukah engkau setinggi mana pun darjat dan seluas manapun kekayaan engkau... Engkau tidak akan bahgia dan gembira dek kerena memutuskan silaturahim yang telah diikat oleh Allah di Luh Mahfuz buat kita. Malah engkau akan sentiasa diselebungi rasa bersalah dan sedih..

Wahai saudara yang aku cintai..
Sedarkan dirimu sebelum semuanya terlambat.. Aku sayangkan dirimu. Jangan biarkan kita terus diselubungi dosa yang tanpa kita sedari. Jangan biarkan keegoaan dan keangkuhanmu menjadi benteng utuk menyatukan kita dibawah rahmat dan keberkatan Ilahi. Dan jangan kau biarkan harta, pangkat dan keseronokkan dunia yang tidak akan kekal menjadi racun perhubungan silaturahim kita kerna semua itu pasti akan lenyap tika roh sudah dihalkum...

Kemaafan adalah pengubat segala luka dan kesedihan dihati
* Memutuskan silaturahim adalah perkara yang dibenci dan dilaknat oleh Allah. Jadi.. janganlah sesekali kita mengungkap perpisahan terutama sekali kepada saudara kandung sendiri..






Monday, 21 November 2011

Bingkisan Kemenangan Harimau Melaya

Tahniah Malaysia!!!! Tahniah Harimau Malaya!!!! Tahniah kerana berjaya merangkul gelaran sebagai juara bola sepak di dalam Sukan SEA.  Tetapi alangkah seronoknya kalau melawan syaitan dan nafsu setanding dengan melawan musuh dalam pertandingan bola sepak tadi. Bukan sahaja pemain dan jurulatih yang bersemangat, tapi orang yang menonton dan besorak juga bersemangat.. malahan yang menonton ni lagi semangat pada pemain hingga sanggup bersengkang mata dan ada yang sanggup duduk berembun digerai mamak semata-mata nak tengok bola.

Kegembiraan Harimau Melaya beroleh Kemenangan
Dan alangkah seronoknya kalau semangat-semngat dan kesungguhan ini ditanam dalam jiwa untuk melawan   nafsu serta godaan syaitan. Kalau ada semngat macam ni, bukan saja boleh hindar gejala sosial malah syaitan pun takut nak dekat sebab umat Islam dah ramai dan kuat untuk menegakkan amar maaruf nahi mungkar. Tau tak sebab apa saya cakap macam tu?

Pertama:  Iman ni macam permainan bola sepak

Dalam keasyikan kita menonton bola sepak, kita mungkin tak sedar yang iman kita macam permainan bola sepak. Kita bermain untuk beroleh kejayaan dan kemenangan. Sekiranya kita mampu mengawal  rentak permainan, insyaAllah kita akan beroleh kemenangan tetapi sekiranya sebaliknya kita akan gagal. Begitu juga iman.. sekiranya kita berjaya mengawal rentak nafsu kita yang bergejolak, kita pasti akan beroleh kejayaan dalam membentuk iman yang teguh dan hebat.

Kedua: Mengawal nafsu sama macam mengawal rentak permainan

Malah lagi indah sekiranya kita mampu mengawal nafsu sepertimana pemain-pemain bola sepak mengawal rentak permainan hingga berolah kejayaan. Memang tidak dinafikan mengawal rentak permainan sehingga beroleh juara bukanlah mudah, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba dan mencuba untuk mendapat rentak permainan yang terbaik. Begitu juga dengan mengawal nafsu, perlu mempunyai kawalan rentak nafsu yang sesuai dengan syariat Islam bagi mengelakkan kita terus tejerumus dalam jurang nafsu.

Ketiga: Disiplin yang kuat dalam membentuk jiwa dan rohani

Mungkin kita tak sedar juga, yang kejayaan bola sepak juga disebabkan oleh disiplin  yang mantap didalam diri setiap pemain. Jadi secara teorinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin mampu membentuk kejayaan yang cemerlang. Justeru timbul persoalan dalam diri saya, 'kenapa dalam mencapai kejayaan dunia, manusia mampu berdisiplin dan mengikut peraturan tetapi untuk meraih kejayaan akhirat manusia menjadi alpha dan leka dengan hukum dan larangan Allah?' sedangkan yang mana satu yang lebih penting? Akhirat atau Dunia?

Keempat: Strategik Permainan = Strategik menjadi mukmin yang berjaya

Dalam merangkul kemenangan, pasti akan ada strategik yang akan dirancang.. Begitu juga permainan bola sepak, strategik yang mantap telah direka dan dibina. Walaupun terpaksa brain storm hingga tak tidur malam, tak sempat nak makan dan tak sempat nak mengurus diri tetapi berbaloi sekiranya kemenangan menjadi milik kita. Walau bagaimana pun berapa orang umat Islam yang sanggup merancang strategik mencapai kemenangan sebagai seorang mukmin yang tinggi darjatnya disisi Allah? Dan berapa orangkah yang sanggup melaksanakan strategik bersungguh-sungguh dalam melaksanakan syariat Allah bagi mencapai kemenangan disisi Allah?


Kelima: Kerjasama dalam mebentuk pasukan yang kuat


Membentuk pasukan yang kuat dan bersatu hati bukan mudah, tambah-tambah dalam dunia hari ini. Tetapi percayalah wahai teman-teman yang ikatan kerjasama dan penyatuaan hati antara umat Islam mampu membuahkan semangat cintakan agama. Kalau tak percaya, cubalah interview jurulatih permainan bola sepak atau apa saja permainan berpasukan.. "apa akan terjadi kalau sesuatu pasukan pemain berpecah-belah?"..

Pingat Emas untuk Malaysia

Jadi.. sama-samalah kita mengambil iktibar daripada permainan bola sepak. Permainan yang dikagumi kerana kehebatan corak permainan  yang klasik tetapi kontempari serta masih terkenal sehingga kini. Dan gilaplah iman kita supaya mampu menjadi hebat dan utuh.


Friday, 18 November 2011

Bingkisan Kenangan...

Rindu dihati dek kenangan 9 tahun yang lalu. Kenangan yang sukar dilupakan. Kenangan yang kian memahat dijiwa dan fikiranku. Semakin ingin aku lupakan, semakin kuat ia terpahat dimindaku. Itu la rindu. Rindu pada sesuatu yang telah berlalu. Tika aku belum kenal erti derita dan kesedihan. Tika aku tidak menyedari perasaan yang indah wujud didalam hatiku. Ketika aku masih di alam khayalan dan kegembiraan. Dan ketika aku masih dibuai mimpi indah serta belum mengenal erti kehidupan.

Biarpun masa berlalu, tetapi kenangan 9 tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Wujudnya tanpa aku sedari, kasihnya tanpa aku undang, sayangnya bukan kerna dek jemputanku, semuanya tidak sengaja. Tidak sengaja untuk menyulam perasaan diusia semuda itu.

Biarpun dibibir kuungkapkan benci dan menyampah tetapi tanpa disedari hatiku telah menyulam perasaan yang tidak pernah dijangka. Perasaan yang aku sendiri tidak sedari sehingga aku mula kehilangannya. Perasaan yang membuatkan aku terluka. Biarpun aku tak pernah tahu perasaan sebenarnya buatku dan biarpun dia hanya ingin memainkan perasaan aku dan biarpun dia adalah pertemuan dan perpisahan yang tak dirancang, tetapi aku tetap ikhlas menerima takdir ini. Takdir yang mengajar aku erti kematangan dan dewasa.  

Dan biarpun kerinduaan dan kenangan itu akan hilang dek masa tetapi aku masih memerlukan ruang untuk diriku melupakan semua itu. Ruang untuk bersendirian dan ruang untuk kembali mencari cinta dan redha Ilahi.

Luka itu pasti akan terubat dek masa yang berlalu.





Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug