Wednesday, 23 November 2011

Buat Saudara yang Aku Sayangi

Harta kekayaan, nama dan pangkat serta kemewahan takkan boleh dibawa ke alam barzakah mahupun akhirat.  Namun... kini ramai yang menjadi alpha dan asyik untuk mengejar kesenangan dunia yang hanya pinjaman buat makhluk alam ini. Saudara mara dan hubungan saudara kandungan terpisah dek kerana harta, pangkat dan darjat. Terlalu sedih untuk diperkatakan, namun hakikatnya majoriti umat Islam kini berpecah belah dek kerana janji manis dunia tersebut. Janji yang dibina dek hasutan nafsu dan keseronokkan dunia. Kenapa harta dan darjat yang dikejar wahai manusia? Untuk apa? Lupakah kita.. dunia ini hanya pinjaman dan kita pasti akan meninggalkanya. 

Wahai saudara yang aku kasihi.. 
Tahukah engkau bahawa.. hubungan persaudaraan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit atau pun pangkat darjat. Malah tika kau kehilangannya, kau mungkin takkan dapat kembalikannya melainkan dengan kehendak dan IzinNya. 

Bergaduh dan usik mengusik itu kemanisan dalam bersaudara
Wahai saudara yang aku sayangi... 
Tahukah engkau bahawa betapa sedih dan sunyinya hidup didalam dunia tanpa kasih sayang saudara mara atau ikatan silaturahim. Dan tahukah engkau betapa sunyi dan resahnya jiwa ini tika kita memutuskan hubungan silaturahim serta kasih sayang antara saudara seislam atau saudara kandung sendiri.
Kita adalah satu
Wahai saudara yang aku ingati...
Allah telah menciptakan kita dengan sifat rahim... iaitu kasih sayang. Namun.. betapa sedihnya kita mensia-siakan sifat sayang ini. Kita mengabaikannya. Dahsyatnya wahai manusia dek kerana sikap ego dan angkuhmu ini. Alangkah sedihnya apabila manusia yang kononnya dikatakan makhluk terbaik tidak menghargai langsung rahmat yang diberi Allah ini.

Wahai saudara yang membuatkan hatiku menjadi resah gelisah..
Tika kau mengucapkan perpisahan yang bukan dari kehendakku.. dan bukan dek kerana perpisahan yang disebabkan kematian, hatiku beristhgfar dek kerana takutkan azab Ilahi. Dan tahukah engkau.. tika engkau tidak menegur sapa denganku melebihi 3 hari.. Pahala amalan tidak akan diterima oleh Allah sehingga kita bersatu kembali. 

Wahai saudara yang masih dibuai mimpi indah kesenangan...
Tahukah engkau setinggi mana pun darjat dan seluas manapun kekayaan engkau... Engkau tidak akan bahgia dan gembira dek kerena memutuskan silaturahim yang telah diikat oleh Allah di Luh Mahfuz buat kita. Malah engkau akan sentiasa diselebungi rasa bersalah dan sedih..

Wahai saudara yang aku cintai..
Sedarkan dirimu sebelum semuanya terlambat.. Aku sayangkan dirimu. Jangan biarkan kita terus diselubungi dosa yang tanpa kita sedari. Jangan biarkan keegoaan dan keangkuhanmu menjadi benteng utuk menyatukan kita dibawah rahmat dan keberkatan Ilahi. Dan jangan kau biarkan harta, pangkat dan keseronokkan dunia yang tidak akan kekal menjadi racun perhubungan silaturahim kita kerna semua itu pasti akan lenyap tika roh sudah dihalkum...

Kemaafan adalah pengubat segala luka dan kesedihan dihati
* Memutuskan silaturahim adalah perkara yang dibenci dan dilaknat oleh Allah. Jadi.. janganlah sesekali kita mengungkap perpisahan terutama sekali kepada saudara kandung sendiri..






Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug