Tokoh Pertama : Ibnu Sina @ Avicenna
Serba ringkas tentang tokoh perubatan dunia iaitu Ibnu Sina.
Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi . Menurut Ibnu Abi Ushaybi'ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Ibnu Sina yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi . Menurut Ibnu Abi Ushaybi'ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu, sewaktu berumur 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal al-quran. Pada masa umurnya meningkat kepada 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada ketika itu. Ilmu-Ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (Usuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan didik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karibnya ayahnya dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang:
1. falsafah,
2. kedoktoran,
3. geomatri,
4. astronomi,
5. muzik,
6. syair,
7. teologi,
8. politik,
9. matematik,
10. fizik,
11. kimia,
12. Sastera
13. kosmologi.
Pada usia 21 tahun, beliau menulis karyanya yang pertama yang berjudul Al-Majmu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Selain itu juga karya beliau seperti risalah ukuran kecil dibukukan dalam "Essai de Bibliographie Avicenna". Kandungan yang terkenal didalam buku tersebut ialah Al-Qanun Fit Tibb.
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Dan diantara sumbangan-sumbangan Ibnu Sina ialah:
* Perkembangan ilmu Psikologi dalam perubatan atau dikenali sebagai ilmu perubatan psikosomatics.
* Perkembangan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung.
* Doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tubercolosis) Aadalah penyakit berjangkit.
* Menceritakan dengan tepat tanda-tanda kencing manis dan kesannya
* Banyak menulis tentang gangguan Psikologi
* Menghasilkan 250 karya yang masih kekal dipraktiskan pada hari ini
* 116 karya telaha dihasilkan didalam bidang perubatan dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah hingga abad 17 M.
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.
Ibnu Sina Bapa Kedoktoran Dunia dan Islam |
Ibnu Sina atau dikenali sebagai AVICENNA di Eropah |