Tuesday 7 February 2012

Tika Mana Akad DiLafazkan

Sejak dua menjak ni banyak drama dekat tv yang mengisahkan cinta selepas kahwin. Jalan cerita yang 'sweet' membawa pengaruh besar dalam diri anak-anak muda untuk membina sebuah mahligai perkahwinan di usia muda. Alhamdulilah, itu satu petanda yang baik dalam mengelakkan masalah sosial yang kian meruncing. Namun disebalik perubahan yang baik, ada pula masalah yang lain timbul di mana peningkatan kadar penceraian secara drastik. 



Berkahwin itu memang indah, seronok, tapi kalau tak faham matlamat sebenar perkahwinan, ia akan menjadi sebaliknya. Malahan membina sebuah perkahwinan adalah perlu berlandaskan lillahita'ala, iaitu kerana Allah. Perkahwinan sebenarnya bukan hanya penyatuan dua hati yang saling menyayangi tetapi adalah penyatuan dua keluarga iaitu antara keluarga suami dan keluarga isteri. Maka, adalah penting untuk saling menghormati dan dan menyayangi keluarga sendiri dan keluarga mertua kerna kita bukan sahaja berkahwin dengan isteri atau suami tetapi kita berkahwin dengan seluruh kehidupan si suami atau si isteri. Ibarat kata pepatah, kalau peha kiri dicubit, peha kanan pun akan terasa sakitnya. 

Bahkan, jangan sesekali kita lupa bahawa perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta dan kasih sayang tetapi tika mana terlafaznya akad, maka terpikullah segala tanggungjawab serta temeterainya sebuah perjanjian dihadapan Allah S.W.T. antara kedua belah pihak untuk membina masjid. Dan adalah penting bagi setiap pasangan melaksankan tanggung jawab itu kerana itu adalah amanah. Amanah itu adalah dari Allah S.W.T. 

Malahan, tika mana terlafaznya akad itu, maka setiap pasangan itu telah dengan rela hati dan ikhlas menerima pasangan masing-masing seadanya. Oleh itu, janganlah merungut akan kekurangan pasangan tika mana perkahwinan sudah mencapai usia 10 tahun kerana perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati yang jujur dan ikhlas menerima pasangan seadanya.

Tambahan tika mana terlafaznya akad maka bertemulah dua hati untuk berkongsi kehidupan. Berkongsi kehidupan membawa kepada perkongsian susah dan senang. Apabila pasangan kita sedih atau dalam kesusahan maka pasangan yang lagi satu akan berkongsi duka dan sakit itu.

Justeru, hargailah perkahwinan yang terbina kerana perkahwinan itu bukan bahan mainan. Perkahwinan itu adalah amanah dari Allah. Bayangkan tika mana kita mengkhianati amanah Allah, bukankah murka Allah akan kita hadapi. Dan ingatlah bahawa perkataan CERAI itu bukan alat mainan yang boleh dilafazkan sesuka hati kerana setiap kali runtuhnya sebuah masjid, begegarlah arash ALLAH S.W.T. 

Wallahualam...




Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug