Friday, 15 July 2011

Salam Nisfu Syaaban, Salam Pembuka Pintu Rahmat Umat Islam

Salam Nisfu Syaaban
Syaaban merupakan salah satu bulan yang mulia sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala dari Allah seperti pahala Nabi Ayob dan Nabi Daud. Dan sekiranya dia berpuasa sebulan penuh, akan dimudahkan baginya disaat kematian, terlepas dari kegelapan alam kubur, dan bebas dari huru hara munkar dan nakir, ditutup Allah akan aibnya dan diwajibkan syurga keatasnya".

Malahan di bulan Syaaban juga, doa-doa orang yang beriman dimakhbulkan Allah S.W.T. Dan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda  bermaksud, "Dalam solat lima waktunya yang tidak ditolak doanya ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan 2 malam raya iaitu pada malam raya Aidilfitri dan malam raya Aidiladha".

Bulan Syaaban juga merupakan bulan keampunan, justeru umat Islam digalakkan memohon taubat dan keampunan diatas dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mereka. Kerna,Rasulullah bersabda: 'apabila tibanya malam nisfu Syaaban telah datang Malaikat Jibril lalu berkata, "pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat akan dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat". Maka Allah mengampuni mana-mana orang yang tidak menyekutukanNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, orang yang suka mengadu domba, atau batu api dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampunkan dosa mereka melainkan mereka benar-benar bertaubat dan tidak mengulanginya.

Justeru,kita sebagai umat Islam rebutlah fadhilat Bulan Syaaban yang hanya muncul setahun sekali. Rebutlah ia kerna belum pasti kita akan hidup untuk Syaaban yang akan datang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengampun.



Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug