Thursday, 14 July 2011

Ukhwah macam keretapi ke???

Di suatu petang yang hening dan disebuah kampung...

Cucu:      Nek...ukhwah tu apa?

Nenek:   Ukhwah itu ikatan hati-hati  dan jiwa-jiwa dengan ikatan aqidah dan kerana Allah. Kenapa cu?

Cucu:    Nek..ikatan hati tu macam mana? Aiman tak faham la... Hati mana boleh ikat nek.. Hati kan dekat dalam badan kita nek?

Sambil menahan ketawa, nenek menyambung cerita kepada cucu kesayangannya.

Nenek:  Aiman.. ikatan hati itu maksudnya setiap insan akan bersama-sama, bersahabat, bersaudara, menghadapi suka-duka, senang atau susah. Dan yang penting, tiada syak wasangka antara sahabat-sahabat kita. Tiada permusuhan dan pecah belah.
Cucu:     Oooo macam tu ye nek.. Ukhwah tu penting tak nek?

Nenek:   Penting cu.. Ukhwah ini ibarat air yang mengalir. Tidak akan putus walau apa pun terjadi. Dipotong, atau dicincang. Ia akan pasti bersatu untuk selamanya. Ukhwah ini juga ibarat rantaian yang panjang, yang akan sentiasa terjalin selagi aqidah itu wujud didalamnya.

Cucu:       Kalau macam tu, ukhwah ni macam keretapi juga la ya nek? Keretapi panjang juga, pas tu dia bersambung.

Sambil tersenyum, nenek memperjelaskan kepada cucunya yang baru berusia 8 tahun.

Nenek:    Cu... keretapi memang panjang dan bersambung tapi keretapi boleh diubah suai mengikut keperluan. Kadang-kadang gerabak dia boleh diganti dengan yang lain, boleh ditukar kepala dan ekornya. Kalau ukhwah macam tu, maka tiadalah kejujuran dan kesetian dalam perhubungan antara manusia. Boleh ditukar ganti, Boleh dipecah belahkan dek kerana keperluan dan kepentingan diri. 

Sambil mengangguk faham, Aiman bertanyakan soalan.

Cucu:    Nek.. Kalau ukhwah tu hilang macam mana? 


Nenek:  Cuba Aiman bayangkan air yang mengalir terputus dari ikatannya. Apa akan terjadi?


Cucu:    Air akan bertabur dan berpecah nek.


Nenek:  Kalau air bertabur dan berpecah, susahkan nak tadah ke suatu tempat? Dan mudahkan air itu menjadi kotor cu?


Aiman menganggukkan kepalanya.


Nenek:  Macam tu juga ukhwah. Kalau ukhwah hilang, macam mana kita nak ikat hati-hati manusia. Nak satukan manusia dibawah satu aqidah dan kasih sayang. Dalam bahasa mudah, ukhwah ini ibarat tali yang mengikatkan hati-hati manusia didalam satu aqidah. Tanpa ukhwah manusia akan berpecah belah dan bergaduh diantara satu sama lain dan senang dikuasai oleh musuh. Faham tak aiman sayang? 

Cucu:    Faham nek.. Susah ya nek nak dapatkan ukhwah?

Nenek:  Tak susah cu, asal kita tahu apa tujuan kita bersahabat, untuk apa kita bersahabat dan untuk siapa kita mengikat hati-hati kita.






Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug