Bismillahirahmanirahim....
Kalimah suci pembuka kalam. Mengutus bicara, merungkai isi hati..
Hari-hari mendatang memberikan diriku sejuta kesedaran tentang erti kehidupan. Menyingkap masalah disekelilingku membuatkan dadaku sesak dan sebak. Biarpun kesusahan dan penderitaan sentiasa belegar-legar disekeliling aku dan keluarga tetapi masih ada terselit kegembiraan yang menghiburkan serta membungakan senyuman disetiap bibir yang bernyawa.
Bermulanya sebuah keluarga besar ini dengan sejarah yang indah. Cinta merpati dua sejoli melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Tetapi kasih dan cinta itu seringkali di cemburui. Tidak mampu bertahan dek kerana jurang pemisah yang dicipta manusia. Perpisahan terjadi, maka bermula sebuah penderitaan. Penderitaan yang tiada penghujungnya. Kata orang penderitaan dan masalah itu suatu pekara yang normal dan semulajadi. Namun kekadang masalah yang meruntun jiwa menyukarkan nafas dihela.
Masalah yang timbul tidak pernah nampak surutnya, malahan kian bersilih ganti seperti tiada penghujung. Sepertinya ia diwarisi dari generasi ke generasi. Menanggung penderitaan yang diibaratkan seperti rantaian yang tidak akan putus.
Mungkinkan terlampau banyak kelalain dan kealpaan yang membawa kami ke jurang yang kian jauh ke dalam. Jurang yang semakin sukar untuk berpatah balik. Masihkah ada ruang untuk semuanya dibetulkan seperti sedia kala. Dan masih adakah penghujung untuk semua ini???