Wednesday 20 July 2011

Siapa Sahabat? Siapa Kawan?

Sahabat? Kawan? Walaupun ramai yang menyangka perkataan sahabat dan kawan itu membawa maksud yang sama tetapi hakikatnya tidak. Kerana sahabat dan kawan itu sangat berbeza. Jadi apa perbezaan mereka. Mari kita rujuk jadual dibawah:
 
SAHABAT
KAWAN
Sahabat itu sukar untuk diperolehi kerna sahabat itu ibarat permata yang berada didalam ribuan kaca yang bertaburan
Manakala kawan itu mudah diperolehi ibarat pokok lalang yang tumbuh.
Sahabat itu sentiasanya jujur dalam persahabatan
Dalam berkwan belum tentu akan wujud kejujuran dan kadang-kadang kawan ini mampu menjadi duri dalam daging yang bisa mencederakan kita.
Sahabat itu selalunya akan bersama kita ketika gembira maupun sedih, ketika sukar ataupun senang.
Padahal kawan itu hanya berdamping dengan kita tika gembira dan kesenangan kita menjelma.
Sahabat itu juga sentiasa ikhlas membantu kita dan tidak mengharapkan balasan
Tetapi kawan itu sering kali mengharapkan balasan tika menghulurkan bantuan
Sahabat jua orang yang akan sentiasa mendorong kea rah kebaikan dan kejayaan
Dan kawan itu kekadang membawa kita kearah kebatilan dan kegagalan
Sahabat jua tidak akan membiarkan kita menangis dan kecewa kerananya tetapi sahabat akan sentiasa menggembirakan hati kita.
Kawan pula sentiasa mementingkan diri dan mampu membuatkan kita menangis kerana kepentingannya
Sahabat itu juga sentiasa ingin berkorban ke arah kebaikan buat sahabatnya
Manakala kawan hanya akan tertawa ataupun gembira tika kejatuhan kawannya

Kesimpulannya terlalu besar perbezaan antara sahabat dan kawan. Terlalu besar sehingga adanya jurang dalam persahabatan dan berkawan. Dan sahabat itu mungkin wujud dalam berkawan, tetapi kawan itu mustahil wujud dalam persahabatan.  Maka, berhati-hatilah tika memberi pengikhtarafan sahabat kepada orang disekitar kita. Dan biarpun sukar untuk mendapat sahabat tetapi sahabat itu pasti akan wujud sekiranya kita betul-betul mengharapkannya. Semoga kita mendapat seorang sahabat yang baik dan semoga kita juga mampu menjadi seorang sahabat yang baik.
 
Wallahuaalam. 






Friday 15 July 2011

Salam Nisfu Syaaban, Salam Pembuka Pintu Rahmat Umat Islam

Salam Nisfu Syaaban
Syaaban merupakan salah satu bulan yang mulia sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala dari Allah seperti pahala Nabi Ayob dan Nabi Daud. Dan sekiranya dia berpuasa sebulan penuh, akan dimudahkan baginya disaat kematian, terlepas dari kegelapan alam kubur, dan bebas dari huru hara munkar dan nakir, ditutup Allah akan aibnya dan diwajibkan syurga keatasnya".

Malahan di bulan Syaaban juga, doa-doa orang yang beriman dimakhbulkan Allah S.W.T. Dan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda  bermaksud, "Dalam solat lima waktunya yang tidak ditolak doanya ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan 2 malam raya iaitu pada malam raya Aidilfitri dan malam raya Aidiladha".

Bulan Syaaban juga merupakan bulan keampunan, justeru umat Islam digalakkan memohon taubat dan keampunan diatas dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mereka. Kerna,Rasulullah bersabda: 'apabila tibanya malam nisfu Syaaban telah datang Malaikat Jibril lalu berkata, "pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat akan dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat". Maka Allah mengampuni mana-mana orang yang tidak menyekutukanNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, orang yang suka mengadu domba, atau batu api dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampunkan dosa mereka melainkan mereka benar-benar bertaubat dan tidak mengulanginya.

Justeru,kita sebagai umat Islam rebutlah fadhilat Bulan Syaaban yang hanya muncul setahun sekali. Rebutlah ia kerna belum pasti kita akan hidup untuk Syaaban yang akan datang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengampun.



Thursday 14 July 2011

Ukhwah macam keretapi ke???

Di suatu petang yang hening dan disebuah kampung...

Cucu:      Nek...ukhwah tu apa?

Nenek:   Ukhwah itu ikatan hati-hati  dan jiwa-jiwa dengan ikatan aqidah dan kerana Allah. Kenapa cu?

Cucu:    Nek..ikatan hati tu macam mana? Aiman tak faham la... Hati mana boleh ikat nek.. Hati kan dekat dalam badan kita nek?

Sambil menahan ketawa, nenek menyambung cerita kepada cucu kesayangannya.

Nenek:  Aiman.. ikatan hati itu maksudnya setiap insan akan bersama-sama, bersahabat, bersaudara, menghadapi suka-duka, senang atau susah. Dan yang penting, tiada syak wasangka antara sahabat-sahabat kita. Tiada permusuhan dan pecah belah.
Cucu:     Oooo macam tu ye nek.. Ukhwah tu penting tak nek?

Nenek:   Penting cu.. Ukhwah ini ibarat air yang mengalir. Tidak akan putus walau apa pun terjadi. Dipotong, atau dicincang. Ia akan pasti bersatu untuk selamanya. Ukhwah ini juga ibarat rantaian yang panjang, yang akan sentiasa terjalin selagi aqidah itu wujud didalamnya.

Cucu:       Kalau macam tu, ukhwah ni macam keretapi juga la ya nek? Keretapi panjang juga, pas tu dia bersambung.

Sambil tersenyum, nenek memperjelaskan kepada cucunya yang baru berusia 8 tahun.

Nenek:    Cu... keretapi memang panjang dan bersambung tapi keretapi boleh diubah suai mengikut keperluan. Kadang-kadang gerabak dia boleh diganti dengan yang lain, boleh ditukar kepala dan ekornya. Kalau ukhwah macam tu, maka tiadalah kejujuran dan kesetian dalam perhubungan antara manusia. Boleh ditukar ganti, Boleh dipecah belahkan dek kerana keperluan dan kepentingan diri. 

Sambil mengangguk faham, Aiman bertanyakan soalan.

Cucu:    Nek.. Kalau ukhwah tu hilang macam mana? 


Nenek:  Cuba Aiman bayangkan air yang mengalir terputus dari ikatannya. Apa akan terjadi?


Cucu:    Air akan bertabur dan berpecah nek.


Nenek:  Kalau air bertabur dan berpecah, susahkan nak tadah ke suatu tempat? Dan mudahkan air itu menjadi kotor cu?


Aiman menganggukkan kepalanya.


Nenek:  Macam tu juga ukhwah. Kalau ukhwah hilang, macam mana kita nak ikat hati-hati manusia. Nak satukan manusia dibawah satu aqidah dan kasih sayang. Dalam bahasa mudah, ukhwah ini ibarat tali yang mengikatkan hati-hati manusia didalam satu aqidah. Tanpa ukhwah manusia akan berpecah belah dan bergaduh diantara satu sama lain dan senang dikuasai oleh musuh. Faham tak aiman sayang? 

Cucu:    Faham nek.. Susah ya nek nak dapatkan ukhwah?

Nenek:  Tak susah cu, asal kita tahu apa tujuan kita bersahabat, untuk apa kita bersahabat dan untuk siapa kita mengikat hati-hati kita.






Tinta Hati

Bismillahirahmanirahim....

Kalimah suci pembuka kalam. Mengutus bicara, merungkai isi hati.. 
Hari-hari mendatang memberikan diriku sejuta kesedaran tentang erti kehidupan. Menyingkap masalah disekelilingku membuatkan dadaku sesak dan sebak. Biarpun kesusahan dan penderitaan sentiasa belegar-legar disekeliling aku dan keluarga tetapi masih ada terselit kegembiraan yang menghiburkan serta membungakan senyuman disetiap bibir yang bernyawa. 

Bermulanya sebuah keluarga besar ini dengan sejarah yang indah. Cinta merpati dua sejoli melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Tetapi kasih dan cinta itu seringkali di cemburui. Tidak mampu bertahan dek kerana jurang pemisah yang dicipta manusia. Perpisahan terjadi, maka bermula sebuah penderitaan. Penderitaan yang tiada penghujungnya. Kata orang penderitaan dan masalah itu suatu pekara yang normal dan semulajadi. Namun kekadang masalah yang meruntun jiwa menyukarkan nafas dihela. 

Masalah yang timbul tidak pernah nampak surutnya, malahan kian bersilih ganti seperti tiada penghujung. Sepertinya ia diwarisi dari generasi ke generasi. Menanggung penderitaan yang diibaratkan seperti rantaian yang tidak akan putus. 

Mungkinkan terlampau banyak kelalain dan kealpaan yang membawa kami ke jurang yang kian jauh ke dalam. Jurang yang semakin sukar untuk berpatah balik. Masihkah ada ruang untuk semuanya dibetulkan seperti sedia kala. Dan masih adakah penghujung untuk semua ini???

Tuesday 12 July 2011

Diari Seorang Isteri

Suamiku...
Tika terlafaznya ijab dan kabul, aku telah menjadi  milikmu dan terlaksana lah tanggung jawab kau dan aku untuk melayari sebuah bahtera menuju ke destinasi yang kita sulam bersama. Sungguh indah angan-angan yang aku sulam bersamamu. Saban hari kau melayan aku ibarat permaisuri di sebuah istana kristal yang dipagari dengan kasih sayang dan cintamu. Kau binakan aku sebuah harapan yang aku impikan. Harapan untuk memiliki kehidupan yang sempurna dan penuh kebahagiaan. 

Suamiku..
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kusangkakan kau akan bersama aku untuk membina impian kita tetapi kau tinggalkan aku besendirian meneruskan sebuah pelayaran yang masih jauh. Biarpun jasad kau bersama diriku tetapi jiwa dan kewibawaan kau hilang dilemaskan oleh sikap angkuh dan sombong kau. Kau kian melupakan janji kita. Kau semakin hilang pertimbangan dan hilang rasa tanggung jawab yang pernah kau lafazkan suatu ketika dahulu. Kau biarkan aku keseorangan menguruskan bahtera kita. Kau semakin lupa akan diriku dan putera puteri kita yang masih mengharapkan didikan kau.

Suamiku,
Walaupun kau jatuh tersungkur, hilang segalanya, aku masih setia menemani diri kau, kerna bagiku kaulah nakhoda bahteraku. Aku menghormati kau walaupun kau tidak lagi memberikan aku dan putera puteri kita nafkah. Aku masih disisi kau memberi semangat dan dorongan serta pertolongan. 

Suamiku, 
Biarpun kau dihina dan dimaki hamun oleh masyarakat, aku masih setia menjadi tulang belakangmu. Membantu dirimu sepenuh jiwa dan ragaku. Tidak terlintas dihatiku untuk meninggalkan dirimu, biarpun dirimu kian melupakan diriku dan kau tidak lagi seperti dulu.

Suamiku, 
Biarpun kau mencaci dan memukul diriku, aku tetap redha dan ikhlas menerimanya. Aku masih sedia berkhidmat membesarkan putera dan puteri kita. Tidak pernah aku melupakan kehadiran mereka dan tidak pernah terlintas difikaranku untuk memukul dan memaki hamun zuriatmu kerna mereka itu bukti cinta yang pernah kita sulam. 

Suamiku Sayang,
Aku hanya seorang wanita, wanita yang masih mengharapkan perlindungan dan kasih sayangmu. Walaupun aku kelihatan tabah tanpa bantuan dan pertolonganmu, tetapi aku sangat letih, letih untuk meneruskan perjalanan bahtera kita yang kian dipukul badai dan ombak. Aku tidak pasti masih mampukah untuk mempertahankan bahtera yang kita bina menuju ke destinasinya. 

Wahai Suami yang aku Sanjungi,
Sedarlah kau akan kewujudan bahtera yang kita bina.. Bahtera yang kian karam ditelan badai dan ombak. Sedarlah wahai suamiku, akan realiti kehidupan kita. Jangan kau agungkan kesombongan dan keegoanmu kerna itu semua pasti akan membuatkan bahtera kita karam untuk selamanya. Destinasi yang pernah kita impikan pasti tergadai dan hilang dimamah masa dan sikapmu. Janganlah kau biarkan sikap kau menjadi tembok yang menghadang perlayaran kita ke destinasi yang kita impikan.

Sedarlah akan hakikat kehidupan kita wahai suamiku. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki bahtera kita yang bocor dan pecah kerna aku yakin dirimu pasti akan berubah.........


Coretan: Seorang Isteri Buat Suami yang Dicintai






 


Monday 11 July 2011

Selembar Kain Putih....

Alhamdulilah hari ini aku masih bernafas. Hampir 2 bulan aku meninggalkan blog. Sibuk dengan menguruskan urusan dunia yang pasti akan ada penghujung. 

Sungguh indah pengalaman bersama-sama dengan anak-anak kecil pada 9 Julai 2011. Lawatan yang direncanakan bermula jam 8.00 pagi ke Perlis bersama-sama anak didik ibu saudaraku menyelitkan lagi sebuah pengalaman yang tak ternilai. Seramai 25 orang anak-anak kecil yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun perlu dipantau dan dijaga. Memang tak dinafikan ini pengalaman pertama aku menjaga kanak-kanak. 

Mereka memang betul-betul menguji kesabaran. Walau apa pun wajah mereka yang ceria dan gembira sentiasa membuatkan aku terhibur. Gelagat dan kerenah mereka membuatkan aku lupa akan masalah dan kesedihan hati. Sungguh mulia dan bersih jiwa mereka sehingga mampu membuahkan kegembiraan dan mengubat hati kita sebagai generasi dewasa. 

Indahnya menjadi kanak-kanak kerana mereka begitu suci  dan diibaratkan seperti selembar kain putih yang akan kita corakkan jiwa meraka. Kiranya hitam yang kita corakkan, maka hitam lah jadinya, tetapi sekiranya putih kita corakkan, maka putih lah jadinya. 

Pepatah Melayu pernah mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah anak-anak kecil. Didikan itu penting dalam membentuk rohaniah dan jiwa mereka. Namun, dewasa ini masyarakat semakin lupa dan lalai dalam memberi bimbingan serta didikan kepada jiwa-jiwa yang masih kecil ini. 

Terlalu banyak unsur-unsur negetif seperti hiburan menyaluti jiwa-jiwa anak kecil ini hinggakan hati-hati mereka kian pudar dan jauh dari cahaya-cahaya Islam. Sedih tika memikirkan generasi-generasi yang kian menjauhi keindahan Islam.

Maka, ingatlah kita sebagai generasi yang kian dimamah usia, didik lah jiwa-jiwa anak-anak kecil ini sepertimana yang telah direncanakan didalam prinsip Islam. Bekalkan jiwa anak-anak ini dengan ilmu agama yang cukup terutama solat dan al-Quran. Didiklah mereka untuk memahami setiap bacaan solat dan isi kandungannya kerna didalam kalam itu sudah tersusun sebuah kehidupan yang syumul atau lengkap.

Wallahualam....


Ladang Burung Unta & Kuda :-)

Menara Alor Setar: Peace Amin & Hakim

Amin yang sangat nakal::: Miss u a lot my dear

Pusat Sains is the best
Bersama abang hensem di Pusat Sains




Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug