Saturday, 13 October 2012

Sweet Couple

Bila buka fb je, dapat banyak invitation kahwin….. ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat aku nak bina masjid lepas raya ni.  Wah… dah la aku keja kedai pengantin, pas tu kawan-kawan pula dah ramai yang nak bina masjid…

Tapi nak hairan apanya, umur aku pun dah 23 tahun 2 bulan 6 hari.  So, memang logik la kalau ramai je yang dah berumah tangga  dan ada anak. So..Mood apa la yang patut aku letak sekarang.. Emmm.. (berfikir panjang)… 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maybe the right mood should be like this. :)
Sebenarnya untuk entri hari ni nak cerita pasal “sweet couple”.  Mesti semua orang tertanya-tanya apa yang dikatakan sweet couple. Sweet couple  tu bukan maksudnya letak gula banyak-banyak tapi sweet couple tu maksudnya couple yang bila kita tgk sejuk mata memandang.  
For this entry::: I want to share how to be sweet couple  that all people  will respect:
1.      First sekali…… tak payah la kita nak berpegangan tangan kalau belum nikah. Memang  seronok dapat wat cam tu.. sebab benda tu haram. Lagi pun kalau perempuan dah bagi laki lain sentuh2 dia.. nanti kahwin kesian suami dia.. tak dapat special priority..

2.      Yang kedua.. tlg la jangan peluk2 kalau belum halal hubungan tu.  Bukan orang nampak sweet tapi nampak menyampah ada la. Tambah-tambah yang ‘over-act’ dikhalayak ramai.


3.      Yang ketiga… kalau nak nampak sweet lagi, hormat orang yang kita sayang tu. Jaga maruah dia.. Bukan tlg jual atau memperkotak katik maruah orang yang kita sayang tu.

4.      Yang keempat.. sweetnya couple tu bila si lelaki tu kalau dah bekenan dengan anak dara orang.. dia terus jumpa dengan mak ayah perempuan tu.. Lagi pun cara approach menggambarkan siapa lelaki  tu yang sebenar.


5.      Yang kelima.. k.bibin saya cakap kalau couple tu nampak sweet bila si lelaki tu sanggup buat apa saja untuk perempuan tu selagi tak bertentangan dengan agama dan mengikut kemampuannya
6.      Yang keenam… sweet couple juga bila mana perempuan tu hormat akan kemampuan si lelaki tu iaitu perempuan tu tak minta benda-benda yang diluar kemampuan lelaki tu. In short term “terima seadanya”.

7.      Yang ketujuh.. sweet couple adalah couple yang sentiasa mempunyai toleransi dan persefahaman yang tinggi biarpun ada jurang yang besar antara mereka.
Walau bagaimanapun… The “real sweet couple” di sisi Allah adalah couple yang membina hubungan cinta dan kasih kerana Allah. Menjaga hubungan mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah. Dan membina hubungan yang mendapat redha dan restu ibu bapa.  :)



Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug