Sahabat? Kawan? Walaupun ramai yang menyangka perkataan sahabat dan kawan itu membawa maksud yang sama tetapi hakikatnya tidak. Kerana sahabat dan kawan itu sangat berbeza. Jadi apa perbezaan mereka. Mari kita rujuk jadual dibawah:
SAHABAT | KAWAN |
Sahabat itu sukar untuk diperolehi kerna sahabat itu ibarat permata yang berada didalam ribuan kaca yang bertaburan | Manakala kawan itu mudah diperolehi ibarat pokok lalang yang tumbuh. |
Sahabat itu sentiasanya jujur dalam persahabatan | Dalam berkwan belum tentu akan wujud kejujuran dan kadang-kadang kawan ini mampu menjadi duri dalam daging yang bisa mencederakan kita. |
Sahabat itu selalunya akan bersama kita ketika gembira maupun sedih, ketika sukar ataupun senang. | Padahal kawan itu hanya berdamping dengan kita tika gembira dan kesenangan kita menjelma. |
Sahabat itu juga sentiasa ikhlas membantu kita dan tidak mengharapkan balasan | Tetapi kawan itu sering kali mengharapkan balasan tika menghulurkan bantuan |
Sahabat jua orang yang akan sentiasa mendorong kea rah kebaikan dan kejayaan | Dan kawan itu kekadang membawa kita kearah kebatilan dan kegagalan |
Sahabat jua tidak akan membiarkan kita menangis dan kecewa kerananya tetapi sahabat akan sentiasa menggembirakan hati kita. | Kawan pula sentiasa mementingkan diri dan mampu membuatkan kita menangis kerana kepentingannya |
Sahabat itu juga sentiasa ingin berkorban ke arah kebaikan buat sahabatnya | Manakala kawan hanya akan tertawa ataupun gembira tika kejatuhan kawannya |
Kesimpulannya terlalu besar perbezaan antara sahabat dan kawan. Terlalu besar sehingga adanya jurang dalam persahabatan dan berkawan. Dan sahabat itu mungkin wujud dalam berkawan, tetapi kawan itu mustahil wujud dalam persahabatan. Maka, berhati-hatilah tika memberi pengikhtarafan sahabat kepada orang disekitar kita. Dan biarpun sukar untuk mendapat sahabat tetapi sahabat itu pasti akan wujud sekiranya kita betul-betul mengharapkannya. Semoga kita mendapat seorang sahabat yang baik dan semoga kita juga mampu menjadi seorang sahabat yang baik.
Wallahuaalam.