Tuesday, 29 November 2011

Yang mana satu?

Antara jawapan yang diberikan apabila tanya anak-anak muda masa kini tentang kenapa tak nak pergi mengundi...

1. Wajib ke mengundi tu?
2. Nak pilih yang mana?
3. Tak sedar dah cukup umur..
4. Malas la nak pi mengundi..
5. Pening nak pilih sebab banyak sangat isu-isu yang mengundang kekeliruan
6. Ala.. tu bukan penting pun.
7. Rimas nak beratur panjang masa mengundi.
8. Tak tau mengundi tu penting
9. Pilih ke tak pilih ke bukan dapat apa pun..
10. Malas nak mendaftar.

Senarai diatas mungkin nampak banyak.. tetapi ada lagi alasan-alasan yang ada didalam benak fikiran anak muda tapi tak payah nak disenaraikan sebab bukan alasan yang hendak dibincangkan  dalam penulisan ku hari ini. Yang perlu dibincangkan adalah kenapa ramai sangat anak-anak muda yang gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dalam memilih pemimpin.

Adakah disebabkan kurang kesedaran atau kurang pendedahan kepada politik? Sebenarnya kedua-duanya adalah faktor yang tepat apabila sistem Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan di unversiti. Sebagaimana yang kita ketahui pendedahan awal sistem politik yang terbaik ialah ketika di awal usia 20an iaitu ketika di universiti. Ini kerana ketika usia begitu, anak-anak muda ini gemar akan pekara-pekara yang mencabar dan ingin mencuba. Mereka penuh dengan perasaan ingin tahu. Jadi.. semangat yang berkobar-kobar akan melatih mereka untuk belajar memilih pemimpin secara tidak langsung. Selain itu, suara anak muda adalah suara yang berani dan bersemangat.


Walhal.. sejak perkenalan sistem AUKU..kebebasan berpolitik anak muda disekat dan mereka semakin tidak mengambil berat tentang isu politik negara. Malahan kalau Malaysia ini telah dijajah oleh orang bukan Islam pun diorang tak sedar. sebab apa.. sebab mereka seronok dibuai mimpi dan langsung tiada kesedaran kepentingan memilih pemimpin.



Walau bagaimanapun.. baru-baru ini kerajaan Malaysia bersedia meminda atau memansuhkan sistem AUKU. Namun mampukah semua ini mengembalikan semangat dan kesedaran anak muda tentang kepentingan mengundi dalam masa yang singkat. Kerana sesuatu perubahan yang besar memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk membentuk kesedaran mengundi dan berpolitik yang kian luput dihati anak muda kita pada masa kini yang masih dibuai mimpi indah. Satu persoalan yang menjadi kebimbingan untuk Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ialah sejauh mana anak muda sedar betapa kritikalnya sistem politik di Malaysia..Hanya tunggu masa untuk rebah dibumi sendiri. Tunggu masa untuk dijajah kembali.. 

* Kadang-kadang manusia itu lupa tentang sesuatu yang penting sehingga dia mula merasakan kehilangannya..

Sekalung Peringatan buat anak muda diluar sana:

Sedarlah wahai shabab..
Memilih itu kewajipan yang pasti ke atas kita. 
Melalui pemilihan yang memenuhi ciri-ciri pemimpin Islam,  maka seorang pemimpin yang bergelar 'Amirul Mu'minin akan terlantik..
Malahan.. melalui pemilihan yang betul dan mengikut syariat.. terbentuklah sebuah pentadbiran yang akan melaksanakan syariat Islam.
Dan yang paling penting negara yang aman dan makmur pada zaman Khulafa' Al-Rasyidin dapat dikembalikan.

Ketahuilah wahai Shabab...
Apa yang dipilih oleh kita itu akan dipersoal oleh Allah pada satu ketika..
Baik pilihan kita, maka pahala dan syurgalah balasannya, namun sekira sebaliknya terjadi, maka saham dosa dan nerakalah balasnnya..


Wahai Shabab yang masih leka..
Sedarkah kalian bahawa satu hari nanti kalian yang akan mengambil alih tampuk pimpinan negara ini..
Sekiranya kelekaanmu masih beterusan.. maka jangan menunding jari pada orang lain kerana tidak mengingatimu dikala engkau menjadi peminta sedekah dinegara sendiri.
Tetapi salahkan dirimu disebabkan kelalaianmu ketika engkau diberi peluang membuat pilihan.

Bangunlah wahai shabab dari dibuai mimpi indah..
Jangan biarkan kita dijajah oleh musuh Islam buat kali kedua dek kerana kelalaian kita..
Jangan biarkan kita dijajah oleh musuh Islam buat kali kedua dek kerana kesilapan kita memilih pemimpin.
Jangan biarkan kita terus dibuai dengan janji-janji manis musuh Islam dalam melalaikan kita..
Bangunlah wahai shabab dan ikhlaskan hatimu dalam memilih pemimpin.



Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug