Telah berlaku hijrah Muhajirin,
Tegar berpadu, Teguh Pegangan,
Tanda bersatu seluruh muslimin,
Bukti Islam dihati, bertambah iman.
Di Kota Madinah, Muhajirin Berpindah,
Mengikut Kekasih Allah,
Segala ikatan terbukti sudah,
Islam mengikat talian ukhwah.
Azam dan cita untuk berubah,
Bagi merealisasikan impian yang indah,
Tahun Baru hadirlah sudah,
Tinggal kenangan menjadi sejarah.
Hijrah kita untuk berubah,
berputik azam untuk kebaikan,
Usha diri terus bercambah,
Untuk buktikan sebuah impian.
Salam hijrah bermula ikatan,
Lembaran baru bermula dihari keramat,
Semoga sentiasa dalam keberkatan,
Serta berada dibawah lembayung rahmat.
Doa Awal dan Akhir Tahun dibaca selepas Asar dan sebelum Maghrib Nukilan oleh: Bonda Nasha |