Monday, 11 July 2011

Selembar Kain Putih....

Alhamdulilah hari ini aku masih bernafas. Hampir 2 bulan aku meninggalkan blog. Sibuk dengan menguruskan urusan dunia yang pasti akan ada penghujung. 

Sungguh indah pengalaman bersama-sama dengan anak-anak kecil pada 9 Julai 2011. Lawatan yang direncanakan bermula jam 8.00 pagi ke Perlis bersama-sama anak didik ibu saudaraku menyelitkan lagi sebuah pengalaman yang tak ternilai. Seramai 25 orang anak-anak kecil yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun perlu dipantau dan dijaga. Memang tak dinafikan ini pengalaman pertama aku menjaga kanak-kanak. 

Mereka memang betul-betul menguji kesabaran. Walau apa pun wajah mereka yang ceria dan gembira sentiasa membuatkan aku terhibur. Gelagat dan kerenah mereka membuatkan aku lupa akan masalah dan kesedihan hati. Sungguh mulia dan bersih jiwa mereka sehingga mampu membuahkan kegembiraan dan mengubat hati kita sebagai generasi dewasa. 

Indahnya menjadi kanak-kanak kerana mereka begitu suci  dan diibaratkan seperti selembar kain putih yang akan kita corakkan jiwa meraka. Kiranya hitam yang kita corakkan, maka hitam lah jadinya, tetapi sekiranya putih kita corakkan, maka putih lah jadinya. 

Pepatah Melayu pernah mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah anak-anak kecil. Didikan itu penting dalam membentuk rohaniah dan jiwa mereka. Namun, dewasa ini masyarakat semakin lupa dan lalai dalam memberi bimbingan serta didikan kepada jiwa-jiwa yang masih kecil ini. 

Terlalu banyak unsur-unsur negetif seperti hiburan menyaluti jiwa-jiwa anak kecil ini hinggakan hati-hati mereka kian pudar dan jauh dari cahaya-cahaya Islam. Sedih tika memikirkan generasi-generasi yang kian menjauhi keindahan Islam.

Maka, ingatlah kita sebagai generasi yang kian dimamah usia, didik lah jiwa-jiwa anak-anak kecil ini sepertimana yang telah direncanakan didalam prinsip Islam. Bekalkan jiwa anak-anak ini dengan ilmu agama yang cukup terutama solat dan al-Quran. Didiklah mereka untuk memahami setiap bacaan solat dan isi kandungannya kerna didalam kalam itu sudah tersusun sebuah kehidupan yang syumul atau lengkap.

Wallahualam....


Ladang Burung Unta & Kuda :-)

Menara Alor Setar: Peace Amin & Hakim

Amin yang sangat nakal::: Miss u a lot my dear

Pusat Sains is the best
Bersama abang hensem di Pusat Sains




Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug