Adam...
Sukar untuk Hawa tafsirkan tentang dirimu,
Kerana kita betul-betul berbeza,
Seperti Kutub Utara dan Kutub Selatan,
Walaupun begitu kita pasti akan disatukan dibawah sebuah ikatan yang murni disisi Allah.
Adam,
Engkau diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu,
Dimana Hawa diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal,
Jadi bimbinglah Hawa dengan 9 akal yang menjadi kelebihanmu kerna hati Hawa pasti lembut akan kebijaksanaan akalmu membimbingnya.
Adam,
Walaupun kita berbeza seperti Marikh dan Pluto,
Tetapi kita memerlukan diantara satu sama lain,
Dan tika Hawa diciptakan dari tulung rusuk yang dekat dihatimu,
Hawa mengharapkan belaian dan kasih sayangmu,
Dan bukan sebagai hamba atau sanjunganmu,
Adam,
Hawa bukanlah sehebat Saidatina Khadijah ataupun sebijak Saidatina Aishah,
Tetapi Hawa tetap seorang wanita yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepadamu kerna fitrah Hawa yang tercipta dengan kasih sayang dan kelembutan pasti tidak sanggup membebankan atau melukakan orang yang dicintainya.
Adam,
Tahukah engkau,
Tika engkau bersedih, Hawa turut merasai perasaan sedihmu,
Tika engkau sakit, hati Hawa pasti akan gusar dan bimbang,
Tika engkau berada dalam kesusahan, Hawa pasti akan menadah tangan kepada Allah, memohon supaya engkau dilindungi.
Dan tika engkau bergembira dengan kejayaan dan kebahagiaan, Hawa akan menangis kerna Hawa telah berjaya menjadi sayap kiri untukmu.
Adam,
Hawa tak pernah meminta-minta selagi dia mampu melakukannya,
Tetapi kekadang fitrah Hawa yang sukakan belaian, dan sering mengharapkan perhatian darimu,
Jadi janganlah engkau mengabaikan perhatian kepadanya kerna hanya sedikit perhatian dan pujian darimu pasti akan membungakan kegembiraan dan semangat buatnya.
Jadi janganlah engkau mengabaikan perhatian kepadanya kerna hanya sedikit perhatian dan pujian darimu pasti akan membungakan kegembiraan dan semangat buatnya.
Dan Adam,
Allah menciptakan engkau bagi melindungi Hawa,
Jadilah pelindung terbaik buat Hawa kerna Hawa adalah tulung rusukmu,
Tulung rusuk yang akan setia berkhidmat untukmu...