Sudah beberapa bulan aku tidak menziarahi blogger kesayangan. Rindu untuk menulis setiap kegembiraan dan suka duka aku disini namun kesibukan dengan komitmen dan tugas sebagai pelajar dan pekerja membuatkan aku hampir melupai wadah yang banyak berjasa pada diriku. Wadah yang mampu meringinkan beban dihatiku ini.
Hari ini... aku tidak pasti dengan keputusan yang aku buat. Hatiku semakin terbeban dengan keputusan yang telah aku putuskan. Namun "apa yang kita tak nak, mungkin adalah yang terbaik buat kita.............." :(
"Cinta"...... begitu sukar untuk ditafsirkan buat diriku. Mengenali
seseorang yang tidak pernah dijangka, benar-benar menguji hati dan perasaanku.
Biarpun dia tidak memiliki satu pun kritiria pilihanku, namun setiap
bait-bait katanya mampu membuatkan hatiku menangis memperjuangkan keimananku sebagai hambaMu.
Biarpun, baru beberapa bulan mengenalinya, tetapi banyak benda yang aku pelajari. Benda yang membuatkan aku lebih peka dengan perasaan sendiri.
Dan Biarpun, aku tidak mengetahui sejauh mana kejujuran dan keikhlasan bait-bait kata itu, tetapi aku dapat rasakan sesuatu yang mampu meleburkan jiwa dan perasaanku yang lumrahnya inginkan seorang teman. Dan tanpa sedar dilubuk hatiku, aku sedang cuba untuk menyulam kepercayaan terhadapnya walaupun hati ini seringkali diruntun serba salah kerana jurang yang ada antara aku dan dia.
Dan biarpun....orang sekeliling memandang dia serba kekurangan, namun
jauh disudut hatiku, aku yakin yang dia memiliki segalanya. Memiliki hati
yang luhur dan kaya dengan kasih sayang.
Dan biarpun... orang lain memandang dirinya keanak-anakkan, namun ntah kenapa aku merasakan dia mampu untuk melindungi dan menjadi pemimpin buat diriku walaupun aku tahu semua itu mustahil. Tak pernah aku rasakan perasaan ini... Perasaan yang membuatkan aku semakin terbeban. Terbeban dengan angan-angan yang aku bina. Ya Allah..... kuatkanlah hati hambamu ini...
Dan bersabarlah duhai hati... bersabarlah dengan ujian ini.. bersabarlah dengan masa yang akan mengubati dan memadamkan perasaan itu.. dan bersabarlah menghadapi kebenaran dan realiti kehidupan.......... ;(