Ibu,
Ibulah wanita pertama yang diriku kenal,
9 bulan 10 hari ibu setia membawaku bersama tanpa kenal erti penat dan lelah,
Tanpa sekelumit pun rasa menyesal dan keluhan,
Dialah wanita yang juga sabar menahan kesakitan ketika membawaku kedunia yang fana ini,
Terima kasih ibu.
Ibu,
Tika diriku menangis ditengah malam, ibu bangun menenangkan daku,
Tika diriku lapar dan dahaga, ibu sediakan makanan dan minuman tanpa rungutan,
Tika diriku meragam, ibu sabar menghadapi kerenah anak kecil ini.
Dan tika diriku sakit, ibu menjaga daku tanpa erti penat dan lelah.
Terima kasih Ibu.
Ibu,
Disepanjang hidupku jua, ibu mengajarku erti kehidupan.
Mengajarkan diriku erti kesusahan dan kesenangan hidup,
Walaupun ketika kelahiranku, hidup ibu tidak sesenang orang lain, tapi ibu tetap menyediakkan yang terbaik untuk hidupku.
Ibu bekerja siang dan malam untuk memberi kesenangan untuk diriku.
Besar sungguh pengorbanan ibu untuk diriku.
Terima kasih Ibu.
Ibu,
Dalam kelembutanmu, terdapat jua ketegasan dalam mendidikku,
Dan ketegasan itulah yang membentuk keperibadianku kini.
Dan tika diriku mengelakkan dari ke madrasah, Ibu akan memarahiku dan memukulku,
Tapi pukul dan marah itu bukan tanda bencimu tapi tanda sayangmu kepadaku.
Disebabkan marah dan pukulmu diriku kini menjadi manusia yang berguna.
Terima kasih ibu.
Ibu,
Kini anakmu sedang melangkah ke satu lagi tahap kehidupan yang belum pasti apa penghujungnya,
Tahap yang mungkin akan merubah sebahagian hidupnya,
Tahap yang terlalu banyak persimpangan dan liku-liku,
Ibu....tika ini diriku sangat mengharapkan doa dan kekuatan darimu.
Bimbing dan tegurlah diriku sekiranya aku melakukan kesilapan,
Kerana ibu lebih memahami asam garam kehidupan.
Ibu,
Bukan sahaja doa dan kekuatan yang diriku harapkan,
Tetapi infiniti kemaafan yang tulus ikhlas dari hatimu turutku harapkan,
Kerna aku tahu, disepanjang dikau membesar dan mendidikku terlalu banyak kekilafan dan keterlanjuran bahasa serta perbuatan yang telah daku lakukan,
Maafkan kakak ibu.
Ibu,
Selamat Hari Lahir. Semoga ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dibawah rahmat dan kasih sayang Allah..Terima kasih ibu dan kakak sayang ibu dunia akhirat.
* Ikhlas buat ibu tercinta: Puan Natrishah Yahdy Shaari