Tuesday, 5 April 2011

The Best Word in the World

Memaafkan dan memohon maaf adalah suatu perkara yang mulia disisi Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. sendiri memaafkan orang-orang yang berlaku kejam keatas baginda ketika kemaafan dipohon oleh pelakunya. Inikan pula kita manusia biasa, yang tiada mukjizat atau maksum dari melakukan kesilapan tak mampu untuk memohon maaf dan memaafkan orang lain. Hebat sangat ke kita disisi Allah S.W.T sehingga kita tak perlu memohon maaf dan memperjuangkan ego serta dendam yang bertakhta dihati kita. Dan hebat sangat ke kita sehingga tak mampu memaafkan kesilapan orang lain sedangkan kita sendiri turut melakukan kesilapan. Hanya kesilapan itu bukan terjadi sekarang atau masa lalu. Tapi tak mustahil sekiranya  Allah S.W.T. merencanakan kesilapan itu terjadi kepada kita dikemudian harinya kerana kita bukanlah maksum untuk merasa kesempurnaan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada para Anbiya.

Dan walaupun maaf itu nampak remeh dan bersahaja tapi hakikatnya kemaafan dan memohon maaf itu suatu pekara yang paling berharga apabila ia dilafazkan. Kemaafan dan mohon maaf adalah sesuatu yang indah bila mana ia mampu untuk menjalinkan hubungan yang terpisah, mampu melahirkan rasa cinta walaupun kebenciaan sedang melanda, mampu membuatkan permusuhan menjadi sebuah kedamaiaan serta mampu untuk mengeratkan kembali hubungan yang retak. 

Indah bukan lafaz maaf dan memohon maaf. Tetapi kadang-kadang ia sukar dilafazkan ikhlas dari hati kita dan sukar untuk menyatakan kesilapan disebalik memohon maaf dan kemaafan. Kenapa? Pendek dan mudah alasannya, perasaan ego yang menebal didalam diri manusia menyebabkan ia menjadi berat dan sukar. 

Tetapi kekadang jua manusia menyalah tafsirkan keikhlasan orang yang memberi maaf dan menerima kemaafan apabila perasaan dendam menebal dan ditambah hasutan syaitan serta kebenciaan melampau. Biar pun begitu,  kita perlu sabar dan tidak berputus asa untuk terus memohon maaf serta memanjatkan doa kepada pemilik hati manusia iaitu Ya Rabb. Semoga Allah akan membuka hati-hati mereka dengan rahmat dan kasih sayang. Sesungguhnya Allah S.W.T itu pemilik hati manusia dan Dia mampu untuk membolak-balikkan hati manusia seperti yang Dia kehendaki.

Perkataan maaf, asif, sorry dan sewaktu dengannya adalah seperti ubat yang mampu menyembuhkan penyakit tetapi ia tak mampu dimiliki dari farmasi atau hospital. Hanya manusia bernama insan mampu menghasilkannya dari hati yang tulus ikhlas. Cubalah memiliki ubat yang tak ternilai harganya ini dan cuba hasilkan ubat yang terbaik dalam merawat pelbagai penyakit hati.

Ambillah sedikit waktu sahabat-sahabat untuk memohon maaf kepada orang disekitar serta maafkan orang lain. Kerana kita belum tahu bila nafas ini akan terhenti. 

*P/S: Maafkan semua orang sebelum tidur dan semoga orang lain akan turut memaafkan kesalahan kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai kita tetapi hanyalah dengan kemaafan sajalah kita dapat mengubati hati yang telah luka




Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug