Saturday, 13 October 2012

Sweet Couple

Bila buka fb je, dapat banyak invitation kahwin….. ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat aku nak bina masjid lepas raya ni.  Wah… dah la aku keja kedai pengantin, pas tu kawan-kawan pula dah ramai yang nak bina masjid…

Tapi nak hairan apanya, umur aku pun dah 23 tahun 2 bulan 6 hari.  So, memang logik la kalau ramai je yang dah berumah tangga  dan ada anak. So..Mood apa la yang patut aku letak sekarang.. Emmm.. (berfikir panjang)… 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maybe the right mood should be like this. :)
Sebenarnya untuk entri hari ni nak cerita pasal “sweet couple”.  Mesti semua orang tertanya-tanya apa yang dikatakan sweet couple. Sweet couple  tu bukan maksudnya letak gula banyak-banyak tapi sweet couple tu maksudnya couple yang bila kita tgk sejuk mata memandang.  
For this entry::: I want to share how to be sweet couple  that all people  will respect:
1.      First sekali…… tak payah la kita nak berpegangan tangan kalau belum nikah. Memang  seronok dapat wat cam tu.. sebab benda tu haram. Lagi pun kalau perempuan dah bagi laki lain sentuh2 dia.. nanti kahwin kesian suami dia.. tak dapat special priority..

2.      Yang kedua.. tlg la jangan peluk2 kalau belum halal hubungan tu.  Bukan orang nampak sweet tapi nampak menyampah ada la. Tambah-tambah yang ‘over-act’ dikhalayak ramai.


3.      Yang ketiga… kalau nak nampak sweet lagi, hormat orang yang kita sayang tu. Jaga maruah dia.. Bukan tlg jual atau memperkotak katik maruah orang yang kita sayang tu.

4.      Yang keempat.. sweetnya couple tu bila si lelaki tu kalau dah bekenan dengan anak dara orang.. dia terus jumpa dengan mak ayah perempuan tu.. Lagi pun cara approach menggambarkan siapa lelaki  tu yang sebenar.


5.      Yang kelima.. k.bibin saya cakap kalau couple tu nampak sweet bila si lelaki tu sanggup buat apa saja untuk perempuan tu selagi tak bertentangan dengan agama dan mengikut kemampuannya
6.      Yang keenam… sweet couple juga bila mana perempuan tu hormat akan kemampuan si lelaki tu iaitu perempuan tu tak minta benda-benda yang diluar kemampuan lelaki tu. In short term “terima seadanya”.

7.      Yang ketujuh.. sweet couple adalah couple yang sentiasa mempunyai toleransi dan persefahaman yang tinggi biarpun ada jurang yang besar antara mereka.
Walau bagaimanapun… The “real sweet couple” di sisi Allah adalah couple yang membina hubungan cinta dan kasih kerana Allah. Menjaga hubungan mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah. Dan membina hubungan yang mendapat redha dan restu ibu bapa.  :)



Wednesday, 3 October 2012

When people ask.. we must answer...


Sometime when people ask… Where, When, What. Senang je nak jawab tapi bila dia tanya how and why.. Terus mabuk nak menjawab. 

Cakap tentang bertanya soalan ada la one guy yang tak faham bahasa atau saja-saja buat tak faham bahasa bila aku jawab soalan ditanyanya. Memang sengal la. The importance question kononnya . Almost every time mesej dia akan cakap “ada benda penting nak tanya atau nak cakap”. Ingatkan penting la sangat tapi rupanya the same question yang penah ditanya at almost 1 year  dan aku pun dah penat nak ulang jawapan yang sama. Dia macam x faham langsung jawapan yang aku bagi. Ntah what type of answer aku patut bagi dekat dia. 

Dan yang paling aku tak faham kenapa dia tak boleh terima satu pun jawapan yang aku bagi. Dan dia wat macam dia tau segalanya. Dalam fikiran aku, “baik tak payah tanya kalau semua ko dah tahu”. Sakit hati + geram. Dah setahun duk bagi soalan dan jawapan yang sama. Tapi tak di terima juga jawapan tu. Kalau jawab exam pun tak seteruk ni. Paling kurang pun terus salah dan failed. Ni failed pun x, lulus pun tak… asyik jawab je…

Tu pasal tanya soalan.. pasal pilihan untuk seumur hidup. Ada ke patut bagi pilihan yang memang tak mcam bagi pilihan. Memang 2,2 pilihan aku tak mampu nak pilih. Memang 2, 2 pilihan tu akan dia sorang je dapat advantage. Apa jenis pilihan cam tu. Pilihan dia mcm ni, “ Ko nak ke tak nak ke, ko akan terikat dengan aku sampai  bila-bila”. What the type of choice I have, melainkan ikut je  kata putus dia. Dan bila aku cakap aku tak da pilihan, dia putar pula ayat aku. The statement is like this   “Ko yang pilh cam tu, Ko kena tunaikan la”. Dalam otak aku, budak tadika pun boleh wat cam tu. Bagi pilihan jawapan A dengan B. Kalau tak pilih A, automatic jwpnnya B. Macam apa lagi skema jawapan. 

 Dalam Islam pun Allah bagi pilihan dan pilihan itu mampu untuk dipilih either A or B dan still ada alternatif. Bukan susah pun macam solat.  Kalau bermusafir, Allah memberi rukhsah kepada kita sama ada jamak atau qasar. Kedua-dua pilihan itu mampu dipilih. Orang kurang upaya pun boleh pilih.

Dan yang paling aku geram… benda yang aku tak wat, dia cakap aku wat. Jadi memang dia tak boleh salahkan aku kalau aku wat betul2. Memang tak dinafikan aku penah wat salah, and I try to give space and second chance to me and him to save our relationship tapi.. dia plak duk tuduh aku wat benda yang aku tak wat. Jadi apa guna nak bela diri pada orang yang tak percaya. Penat la…

Special write up for someone..

Tuesday, 2 October 2012

Wanita oh Wanita

Malam ni baru ingat nak wat assignment.. Tetiba bunyi bising depan rumah.. 1 rumah pasang telinga nak dengar apa jadi. Rupanya jiran sebelah rumah aku bawa masuk lelaki. Mau tak bising ketua blok ni. First time aku dengar orang kena marah macam tu. Buat malu je student buat macam tu.

Kenapa la jiran aku wat cam tu. Buat malu mahasiswa je. Ni la jadi bila telampau nak moden sangat, sampai yang halal dengan haram pun dah tak tau. Sedih sangat bila wanita tak mampu nak jaga maruah sendiri. Semuanya jadi murah.

Kadang-kadang aku rasa wanita ni x sedar yg lelaki kalau nak kahwin, mesti nak cari yang "first class" walaupun kadang-kadang diorang tu bukannya first class pun. Kalau tak percaya tanyalah mana-mana artis lelaki dekat malaysia.. mesti cakap nak yang beragama, baik, sopan, pandai jaga maruah dan bla... bla..

Tau tak apa sebab?.... sebabnya wanita itu akan jadi pendidik anak-anak diorang. So, kalau kita ni as a women cannot protect our pride macam mana kita nak jadi the best role model kepada anak-anak kita nnti.

Lagi pun... Allah jadikan wanita ini terlalu istimewa dan terlalu unik. Just kadang-kadang kita yang tak bersyukur. Sedar tak sedar, Allah bagi wanita mc percuma setiap bulan. Dan yang paling mahal sekali bila semua orang tahu yg syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Dan ibu itu juga lah wanita.



so... renung-renungkan..

Monday, 1 October 2012

Bila CPU breakdown...

Pertemuan  yang tidak diduga di waktu yang tidak sesuai dan dalam suasana yang sukar. Susah betul nak buat macam tak jadi apa-apa.  Kan seronok kalau otak ni mcam cpu. Tekan je butang "delete" semua terus padam.

Tapi alhamdulilah juga,  Allah cipta otak yang macam ni boleh juga kita simpan kenangan manis atau pahit. So tak payah nak beli cd ke pendrive ke nak simpan setiap detik-detik bahagia. Just pejam mata, dah boleh ingat dekat orang yang kita sayang. Tak payah nak pilih folder nak tengok muka orang yang kita sayang tu. 

Cakap pasal orang yang kita sayang....adat manusia kalau ada depan mata bukan nak hargai tapi bila dah tak da..baru nak rindu. Tapi semua dah terlambat. Orang yang kita sayang tu pun dah "delete" kita dari CPU dia. Dia pun mungkin dah set up new friend with better appearance. 

Lepas tu, kita pulak masih terkontang-kanting nak set up mode apa walhal orang yang kita sayng tu pula dah ada back up mode. Gagal mode A, pilih mode B..  Begitulah seterusnya. 

Dan yang paling sedih mode yang positif tu plak yang paling susah nak set up. Sampai breakdown berbulan-bulan. Tak tau nak betulkan macam mana. huhuhu...Semoga cpu ni cepat pulih dan boleh melaksanakan tanggung jawab yang sepatutnya. :)


                                                     Fly to Melbourne (set up new mode)




Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug