Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 3 August 2011

Sekiranya ini Ramadhan Terakhir Buatku......

Ya Allah...
Sekiranya ini Ramadhan terakhir buatku,
Kau bimbinglah aku didalam madrasah tarbiyahMu ini,
Kau bentuklah jiwaku dengan cahaya nur dan hidayahMu.
Kau jadikanlah aku diantara hamba-hamba yang Kau kasihi.

Ya Allah...
Sekiranya ini Ramadhan terakhir buatku,
Kau berikanlah aku ruang untuk mengenali dan mencintaiMu wahai Ya Rabb,
Kau bukakanlah pintu keampunan buat hambaMu yang begitu naif ini,
Kau ikatkanlah hatiku dengan amalan-amalan yang mendekatkan diriku kepadaMu,

Ya Allah..
Sekiranya ini Ramadhan terakhir buatku,
Kau bukakanlah hati-hati orang yang aku sayang untuk mengenali cintaMu
Kau satukan hati-hati kami dibawah ikatan kasih sayangMu,
Sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Ya Allah...
Sekiranya ini Ramadhan terakhir buatku,
Tarbiyahlah diriku dengan sifat terpuji dan mahmudah.
Dan jangan Kau biarkan aku semakin jauh dengan tali aqidah,
Dan jangan Kau biarkan aku melakukan pekara-pekara yang Kau benci.

Ya Allah...
Sekiranya ini Ramadhan terakhir buatku,
Kau ampunilah dosa-dosaku,
Kau kurniakanlah rahmat dan keberkatan kepada diriku,
Kau terimalah segala ibadahku dibulan yang kau takdirkan untuk umat Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya Kau lah Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun.

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan ya Ramadhan. Ahlan juga buat diriku yang akan melangkah ke satu lagi sesi madrasah tarbiyah untuk diriku yang mendambakan keredhaan diriMu. Alhamdulilah sebuah rahmat buat diriku. Pada tahun ini usiaku akan genap 22 tahun di bulan Ramadhan. Sungguh gembiraku rasakan, sebab dapat meraikan ketibaan hari lahir di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Semoga aku mampu mencari keberkatan itu walaupun pelbagai ujian yang melanda. Semoga aku ikhlas menerima semua ujian dibulan rahmat ini.

Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug