Monday, 21 November 2011

Bingkisan Kemenangan Harimau Melaya

Tahniah Malaysia!!!! Tahniah Harimau Malaya!!!! Tahniah kerana berjaya merangkul gelaran sebagai juara bola sepak di dalam Sukan SEA.  Tetapi alangkah seronoknya kalau melawan syaitan dan nafsu setanding dengan melawan musuh dalam pertandingan bola sepak tadi. Bukan sahaja pemain dan jurulatih yang bersemangat, tapi orang yang menonton dan besorak juga bersemangat.. malahan yang menonton ni lagi semangat pada pemain hingga sanggup bersengkang mata dan ada yang sanggup duduk berembun digerai mamak semata-mata nak tengok bola.

Kegembiraan Harimau Melaya beroleh Kemenangan
Dan alangkah seronoknya kalau semangat-semngat dan kesungguhan ini ditanam dalam jiwa untuk melawan   nafsu serta godaan syaitan. Kalau ada semngat macam ni, bukan saja boleh hindar gejala sosial malah syaitan pun takut nak dekat sebab umat Islam dah ramai dan kuat untuk menegakkan amar maaruf nahi mungkar. Tau tak sebab apa saya cakap macam tu?

Pertama:  Iman ni macam permainan bola sepak

Dalam keasyikan kita menonton bola sepak, kita mungkin tak sedar yang iman kita macam permainan bola sepak. Kita bermain untuk beroleh kejayaan dan kemenangan. Sekiranya kita mampu mengawal  rentak permainan, insyaAllah kita akan beroleh kemenangan tetapi sekiranya sebaliknya kita akan gagal. Begitu juga iman.. sekiranya kita berjaya mengawal rentak nafsu kita yang bergejolak, kita pasti akan beroleh kejayaan dalam membentuk iman yang teguh dan hebat.

Kedua: Mengawal nafsu sama macam mengawal rentak permainan

Malah lagi indah sekiranya kita mampu mengawal nafsu sepertimana pemain-pemain bola sepak mengawal rentak permainan hingga berolah kejayaan. Memang tidak dinafikan mengawal rentak permainan sehingga beroleh juara bukanlah mudah, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba dan mencuba untuk mendapat rentak permainan yang terbaik. Begitu juga dengan mengawal nafsu, perlu mempunyai kawalan rentak nafsu yang sesuai dengan syariat Islam bagi mengelakkan kita terus tejerumus dalam jurang nafsu.

Ketiga: Disiplin yang kuat dalam membentuk jiwa dan rohani

Mungkin kita tak sedar juga, yang kejayaan bola sepak juga disebabkan oleh disiplin  yang mantap didalam diri setiap pemain. Jadi secara teorinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin mampu membentuk kejayaan yang cemerlang. Justeru timbul persoalan dalam diri saya, 'kenapa dalam mencapai kejayaan dunia, manusia mampu berdisiplin dan mengikut peraturan tetapi untuk meraih kejayaan akhirat manusia menjadi alpha dan leka dengan hukum dan larangan Allah?' sedangkan yang mana satu yang lebih penting? Akhirat atau Dunia?

Keempat: Strategik Permainan = Strategik menjadi mukmin yang berjaya

Dalam merangkul kemenangan, pasti akan ada strategik yang akan dirancang.. Begitu juga permainan bola sepak, strategik yang mantap telah direka dan dibina. Walaupun terpaksa brain storm hingga tak tidur malam, tak sempat nak makan dan tak sempat nak mengurus diri tetapi berbaloi sekiranya kemenangan menjadi milik kita. Walau bagaimana pun berapa orang umat Islam yang sanggup merancang strategik mencapai kemenangan sebagai seorang mukmin yang tinggi darjatnya disisi Allah? Dan berapa orangkah yang sanggup melaksanakan strategik bersungguh-sungguh dalam melaksanakan syariat Allah bagi mencapai kemenangan disisi Allah?


Kelima: Kerjasama dalam mebentuk pasukan yang kuat


Membentuk pasukan yang kuat dan bersatu hati bukan mudah, tambah-tambah dalam dunia hari ini. Tetapi percayalah wahai teman-teman yang ikatan kerjasama dan penyatuaan hati antara umat Islam mampu membuahkan semangat cintakan agama. Kalau tak percaya, cubalah interview jurulatih permainan bola sepak atau apa saja permainan berpasukan.. "apa akan terjadi kalau sesuatu pasukan pemain berpecah-belah?"..

Pingat Emas untuk Malaysia

Jadi.. sama-samalah kita mengambil iktibar daripada permainan bola sepak. Permainan yang dikagumi kerana kehebatan corak permainan  yang klasik tetapi kontempari serta masih terkenal sehingga kini. Dan gilaplah iman kita supaya mampu menjadi hebat dan utuh.


Friday, 18 November 2011

Bingkisan Kenangan...

Rindu dihati dek kenangan 9 tahun yang lalu. Kenangan yang sukar dilupakan. Kenangan yang kian memahat dijiwa dan fikiranku. Semakin ingin aku lupakan, semakin kuat ia terpahat dimindaku. Itu la rindu. Rindu pada sesuatu yang telah berlalu. Tika aku belum kenal erti derita dan kesedihan. Tika aku tidak menyedari perasaan yang indah wujud didalam hatiku. Ketika aku masih di alam khayalan dan kegembiraan. Dan ketika aku masih dibuai mimpi indah serta belum mengenal erti kehidupan.

Biarpun masa berlalu, tetapi kenangan 9 tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Wujudnya tanpa aku sedari, kasihnya tanpa aku undang, sayangnya bukan kerna dek jemputanku, semuanya tidak sengaja. Tidak sengaja untuk menyulam perasaan diusia semuda itu.

Biarpun dibibir kuungkapkan benci dan menyampah tetapi tanpa disedari hatiku telah menyulam perasaan yang tidak pernah dijangka. Perasaan yang aku sendiri tidak sedari sehingga aku mula kehilangannya. Perasaan yang membuatkan aku terluka. Biarpun aku tak pernah tahu perasaan sebenarnya buatku dan biarpun dia hanya ingin memainkan perasaan aku dan biarpun dia adalah pertemuan dan perpisahan yang tak dirancang, tetapi aku tetap ikhlas menerima takdir ini. Takdir yang mengajar aku erti kematangan dan dewasa.  

Dan biarpun kerinduaan dan kenangan itu akan hilang dek masa tetapi aku masih memerlukan ruang untuk diriku melupakan semua itu. Ruang untuk bersendirian dan ruang untuk kembali mencari cinta dan redha Ilahi.

Luka itu pasti akan terubat dek masa yang berlalu.





Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug