Wednesday 20 April 2011

Kita Berbeza Tetapi Kita....

Adam...
Sukar untuk Hawa tafsirkan tentang dirimu,
Kerana kita betul-betul berbeza,
Seperti Kutub Utara dan Kutub Selatan,
Walaupun begitu kita pasti akan disatukan dibawah sebuah ikatan yang murni disisi Allah.

Adam,
Engkau diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu,
Dimana Hawa diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal,
Jadi bimbinglah Hawa dengan 9 akal yang menjadi kelebihanmu kerna hati Hawa pasti lembut akan kebijaksanaan akalmu membimbingnya.

Adam, 
Walaupun kita berbeza seperti Marikh dan Pluto,
Tetapi kita memerlukan diantara satu sama lain,
Dan tika Hawa diciptakan  dari tulung rusuk yang dekat dihatimu,
Hawa mengharapkan belaian dan kasih sayangmu,
Dan bukan sebagai hamba atau sanjunganmu,

Adam, 
Hawa bukanlah sehebat Saidatina Khadijah ataupun sebijak Saidatina Aishah,
Tetapi Hawa tetap seorang wanita yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepadamu kerna  fitrah Hawa yang tercipta dengan kasih sayang dan kelembutan pasti tidak sanggup membebankan atau melukakan orang yang dicintainya.


Adam, 
Tahukah engkau, 
Tika engkau bersedih, Hawa turut merasai perasaan sedihmu,
Tika engkau sakit, hati Hawa pasti akan gusar dan bimbang,
Tika engkau berada dalam kesusahan, Hawa pasti akan menadah tangan kepada Allah, memohon supaya engkau dilindungi.
Dan tika engkau bergembira dengan kejayaan dan kebahagiaan, Hawa akan menangis kerna Hawa telah berjaya menjadi sayap kiri untukmu.

Adam,
Hawa tak pernah meminta-minta selagi dia mampu melakukannya,
Tetapi kekadang fitrah Hawa yang sukakan belaian, dan sering mengharapkan perhatian darimu,
Jadi janganlah engkau mengabaikan perhatian  kepadanya kerna hanya sedikit perhatian dan pujian darimu pasti akan membungakan kegembiraan dan semangat buatnya.

Dan Adam,
Allah menciptakan engkau bagi melindungi Hawa,
Jadilah pelindung terbaik buat Hawa kerna Hawa adalah tulung rusukmu, 
Tulung rusuk yang akan setia berkhidmat untukmu...





Sunday 17 April 2011

Ada Apa dengan EM6C?

EM6C...
Membawa sejuta kenangan.
Kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan.
Disini juga tangis dan tawa yang  dilalui.

 EM6C diketuai oleh seorang ketua yang berkaliber iaitu Cik Tim
Dan dibantu oleh Cik Owen.
Dua orang wanita yang melayarkan bahtera EM6C.
Hebatkan. Betullah wanita yang membuaikan buaian mampu menggoyangkan dunia.

Kemudian Kelas EM6C ada bendahari yang amanah dan telus.
Sapa lagi kalau bukan Cik Ju kita. Cik Ju ni ada pembantu yang setia. Sapa lagi kalau bukan En. Syafiq.
Walaupun tak da jawatan tapi dia setia menemani Cik Ju. Dah macam merpati 2 sejoli. Hehehe..

Lepas tu, EM6C juga da tukang masak yang berkaliber. Nak tau sapa?
Mestilah Chef Yus. Selalunya kalau da jamuan kelas mesti nama Cik Yus akan tercalon jadi tukang masak pilihan EM6C. Tak percaya? Wat la survey dekat budak kelas EM6C.

Dalam kelas EM6C gak da 2 orang yang digelar Ustaz dengan Ustazah. Sapa lagi kalau bukan aku dengan Din. Ntah pa-pa la diorang tu. Tapi bagus gak. Moga kata-kata diorang menjadi doa. Mana nak tau satu hari nanti jadi Ustazah..hehehe

Selain itu juga, dalam kelas EM6C da satu geng yang boleh diiktiraf geng-geng yang paling bergaya dan elegen. Cuba teka geng sapa? hehehe..
Geng sapa lagi kalau bukan geng Cik Nath yang terdiri daripada Cik Akma, Cik Shida, dan yang paling macam model sekali Cik Faty.

Pas tu an, kelas EM6C ni gak da satu lagi geng. Nak tau geng apa?
Geng paling riuh dan happy gold lucky. Geng Cik As. Geng ni kalau tak datang kelas mesti sunyi je kelas. Tambah-tambah kalau wat jamuan diorang tak datang, lagi la suram. Terlupa lak nak senaraikan nama-nama yang happening ni. hehehe...Calon-calonnya adalah Cik Achik, Cik Wani dan Cik Hana.

Tambahan lagi, kelas EM6C ada model dengan artis tau. Diorang ni pemalu tapi berbakat. Sorang tu memang dah macam model iklan rambut. Sokmo fesyen rambut berubah. Dia adalah En. Ise kita. Tepuk la sikit..Jadi sesapa yang nak minta nasihat tentang rambut boleh jumpa dia ae.
Tapi kalau ada sapa-sapa yang nak belajar menyanyi atau vokal plak boleh la merujuk kepada En.Taufik. Bab vokal-vokal ni dia memang first class. Tak percaya? Search la kumpulan nasyid NurOne. Dia tu salah sorang vokalisnya.

Seterusnya, kelas EM6C ni juga da 2 orang sahabat yang setia. tak penah berpisah walaupun sorang asal dari Utara dan sorang lagi dari Selatan. Pasangan ini dah macam isi dan kuku. Tak dapat nak dipisahkan. Dekat mana ada Cik Mary, dekat situ la ada Cik Fiza kita ni. Bagus2. Pasangan yang setia.

Selain itu, terdapat juga 3 orang sahabat yang paling manja dan cun dalam kelas ni. Ketiga-tiga ni tak dapat nak pisahkan hinggakan datang kelas mesti bertiga. Sorang pun tak boleh tercicir. Diorang ni boleh diberi award paling manja sebab memang penuh sopan santun bila bertutur. Diorang adalah Cik Fina, Cik Ila dan Cik Fara.

Dalam kelas EM6C gak ada 2 orang yang tinggal di Kolej Mawar. Sapa lagi kalau bukan Cik Za dan Cik Nor kita. Cik Za ni kecil molek dan pendiam dalam kelas tapi dia suka bergaya gak tau. Sama la macam Cik Nor. Walaupun tiap hari jalan kaki dari Kolej Mawar tapi dia tetap cun dengan payung dia..hehe..

 
Dan wanita yang belum disebut nama dia ni adalah wanita special sebab nama dia pernah disebut dalam sejarah Islam. Dia adalah Cik Rabiatul Adawiyah atau nama manja Cik Ada. Cik Ada ni suka senyum dan yang paling tak tahan dia ni slumber sangat. Apa pun berlaku mesti dia wat muka slumber dia. Pas tu Cik Ada ni lak selalu je berkepit dengan Cik Harifah atau nama professional Cerer (lecturer). Tau tak sebab apa? sebab Cerer nak jad lecturer la bila dah graduate nanti. Jadi kita doakan la dia dapat jadi lecturer ye kawan-kawan.

Aduh..sorang lagi tercicir. Maaf Cik Jiha. Selalu je datang lewat kelas.
Paling flexible dikalangan wanita EM6C.
Simple tapi kemas.
Tu lah gerangan Cik Jiha

Pemain watak seterusnya adalah En. Rembo, En. Hasif, En. Raja dan En. Wazam. Diorang ni susah nak berpisah kit. Sebab sekotak (sekepala). Konon gangster kelas la tu. Tapi semuanya ada taman dalam hati. Tau tak kenapa ada taman dalam hati? Sebab diorang ni da semangat setiakawan yang tinggi. Kalau nak wat assigment mesti nak bersama. Dan walaupun diorang ni suka menyakat dan kenakan kawan-kawan kelas tapi diorang sebenarnya baik just sikit nakal je. Tak percaya? Try la jadi awek diorang. Hahaha.

Dalam kelas EM6C ada kembar tau. Mesti ramai tak perasan. Nak tau sapa kembar-kembar yang terpilih tu? Pasangan kembar pertama adalah  Firdaus kuasa dua. Tapi jangan risau, walaupun diorang kembar tapi diorang cukup berbeza. Tengok fizikal pun dah boleh beza. Maklum la kembar dari berbeza mak ayah. Nama yang kitaorang bagi dekat kembar ni ialah En. Daus dan En. Mamat. Dua-dua hensem dan baik tapi dah berpunya. So, both of them not available lagi.

Cuba teka pasangan kembar seterusnya?
Sudah tentunya lagi satu pasangan kembar yang berbeza keturunan dan agama tapi rupa mereka seiras.
Maklum la kelas 1Malaysia.
Mereka adalah En. Ger dan En. Ijat.
Diorang ni sama-sama sepet walaupun berlainan bangsa.
Diorang ni juga da sifat yang lebih kurang sama iaitu cepat perasan. Mau taknya, sorang tu perasan macam artis korea dan sorang lagi perasan jadi hero. Tapi apa-apa pun diorang dua ni the best group members.

Ok...seterusnya ialah En. Zali atau Zali 100 pages. Seorang yang skema dan bertanggung jawab. Bab assigment atau apa-apa yang berkaitan dengan kepimpinan boleh bagi En. Zali sebab dia berkaliber. En. Zali ni juga seorang yang berkomitment dalam pelajaran. Jadi kawan-kawan boleh la jadikan En. Zali sebagi role model kita.

Insan yang terakhir ini sukar untuk dicirikan sebab dia ni boleh berubah-rubah mengikut keadaan.
Macam sesumpah. Berubah warna, bila berubah tempat tapi yang pasti dia ni memiliki ego yang sangat tinggi. Hinggakan kebanyakkan orang tak nak jadikan dia group member. Walaupun begitu keadaannya dia tetap boleh survive dengan menjadi dirinya. Dialah En. Shahrul.

Begitulah serba sedikit kisah disebalik pelakon-pelakon kelas EM6C...
Terima kasih semua sebab memainkan peranan dan watak masing-masing dengan baik dalam mengahsilkan sebuah lagi nukilan sejarah di abad ini.
Walaupun sejarah ini tak dicatat diarkib negara tetapi sejarah ini pasti akan terpahat dihati kita bersama.
Semoga dipenghujung sejarah ini memberikan kita sebuah lagi tarbiyah dan pengajaran sebagai bekalan hidup yang masih banyak cabarannya.

* Jadikan kesilapan sekarang sebagai sebuah pengajaran dan elekkan supaya ia tidak berulang.









Kita Merancang, Allah pun Merancang

Kita merancang dan Allah juga merancang tetapi perancangan Dia adalah yang terbaik. Begitulah qada' dan qadar yang telah termaktub dalam hidup seseorang manusia. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dalam mengagendakan kehidupan kita.


Tika kita sedang sibuk merancang perjalanan hidup kita yang dikira agak sempurna pada pandangan kita, kita mungkin terlupa Allah juga sudah mengagendakan urusan hidup kita dengan penuh hikmah dan sempurna tanpa kita sedari. Malahan kadang-kadang ada yang terlupa hingga menyalahkan agenda yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta kepada hambaNya.


Cubalah kita  redha dan ikhlas menerima perancangan Allah kepada kita kerana setiap yang Allah telah aturkan kepada kita itu ada hikmah yang mungkin kita tak dapat lihat. Allah itu Maha Mengetahui.

Dan sebenarnya kemanisan dan ketenangan itu akan dapat dirasai sekiranya kita belajar untuk ikhlas dan redha menerima perancangan Allah.

Tuesday 5 April 2011

The Best Word in the World

Memaafkan dan memohon maaf adalah suatu perkara yang mulia disisi Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. sendiri memaafkan orang-orang yang berlaku kejam keatas baginda ketika kemaafan dipohon oleh pelakunya. Inikan pula kita manusia biasa, yang tiada mukjizat atau maksum dari melakukan kesilapan tak mampu untuk memohon maaf dan memaafkan orang lain. Hebat sangat ke kita disisi Allah S.W.T sehingga kita tak perlu memohon maaf dan memperjuangkan ego serta dendam yang bertakhta dihati kita. Dan hebat sangat ke kita sehingga tak mampu memaafkan kesilapan orang lain sedangkan kita sendiri turut melakukan kesilapan. Hanya kesilapan itu bukan terjadi sekarang atau masa lalu. Tapi tak mustahil sekiranya  Allah S.W.T. merencanakan kesilapan itu terjadi kepada kita dikemudian harinya kerana kita bukanlah maksum untuk merasa kesempurnaan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada para Anbiya.

Dan walaupun maaf itu nampak remeh dan bersahaja tapi hakikatnya kemaafan dan memohon maaf itu suatu pekara yang paling berharga apabila ia dilafazkan. Kemaafan dan mohon maaf adalah sesuatu yang indah bila mana ia mampu untuk menjalinkan hubungan yang terpisah, mampu melahirkan rasa cinta walaupun kebenciaan sedang melanda, mampu membuatkan permusuhan menjadi sebuah kedamaiaan serta mampu untuk mengeratkan kembali hubungan yang retak. 

Indah bukan lafaz maaf dan memohon maaf. Tetapi kadang-kadang ia sukar dilafazkan ikhlas dari hati kita dan sukar untuk menyatakan kesilapan disebalik memohon maaf dan kemaafan. Kenapa? Pendek dan mudah alasannya, perasaan ego yang menebal didalam diri manusia menyebabkan ia menjadi berat dan sukar. 

Tetapi kekadang jua manusia menyalah tafsirkan keikhlasan orang yang memberi maaf dan menerima kemaafan apabila perasaan dendam menebal dan ditambah hasutan syaitan serta kebenciaan melampau. Biar pun begitu,  kita perlu sabar dan tidak berputus asa untuk terus memohon maaf serta memanjatkan doa kepada pemilik hati manusia iaitu Ya Rabb. Semoga Allah akan membuka hati-hati mereka dengan rahmat dan kasih sayang. Sesungguhnya Allah S.W.T itu pemilik hati manusia dan Dia mampu untuk membolak-balikkan hati manusia seperti yang Dia kehendaki.

Perkataan maaf, asif, sorry dan sewaktu dengannya adalah seperti ubat yang mampu menyembuhkan penyakit tetapi ia tak mampu dimiliki dari farmasi atau hospital. Hanya manusia bernama insan mampu menghasilkannya dari hati yang tulus ikhlas. Cubalah memiliki ubat yang tak ternilai harganya ini dan cuba hasilkan ubat yang terbaik dalam merawat pelbagai penyakit hati.

Ambillah sedikit waktu sahabat-sahabat untuk memohon maaf kepada orang disekitar serta maafkan orang lain. Kerana kita belum tahu bila nafas ini akan terhenti. 

*P/S: Maafkan semua orang sebelum tidur dan semoga orang lain akan turut memaafkan kesalahan kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai kita tetapi hanyalah dengan kemaafan sajalah kita dapat mengubati hati yang telah luka




Saturday 2 April 2011

Istimewa Kepada Yang Teristimewa

Ibu,
Ibulah wanita pertama yang diriku kenal,
9 bulan 10 hari ibu setia membawaku  bersama tanpa kenal erti penat dan lelah,
Tanpa sekelumit pun rasa menyesal dan keluhan,
Dialah wanita yang juga sabar menahan kesakitan ketika membawaku kedunia yang fana ini,
Terima kasih ibu.

Ibu, 
Tika diriku menangis ditengah malam, ibu bangun menenangkan daku,
Tika diriku lapar dan dahaga, ibu sediakan makanan dan minuman tanpa rungutan,
Tika diriku meragam, ibu sabar menghadapi kerenah anak kecil ini.
Dan tika diriku sakit, ibu menjaga  daku tanpa erti penat dan lelah.
Terima kasih Ibu.

Ibu,
Disepanjang hidupku jua, ibu mengajarku erti kehidupan.
Mengajarkan diriku erti kesusahan dan kesenangan hidup,
Walaupun ketika kelahiranku, hidup ibu tidak sesenang orang lain, tapi ibu tetap menyediakkan yang terbaik untuk hidupku. 
Ibu bekerja siang dan malam untuk memberi kesenangan untuk diriku. 
Besar sungguh pengorbanan ibu untuk diriku.
Terima kasih Ibu.

Ibu,
Dalam kelembutanmu, terdapat jua ketegasan dalam mendidikku,
Dan ketegasan itulah yang membentuk keperibadianku kini.
Dan tika diriku mengelakkan dari ke madrasah, Ibu akan memarahiku dan memukulku,
Tapi pukul dan marah itu bukan tanda bencimu tapi tanda sayangmu kepadaku.
Disebabkan marah dan pukulmu diriku kini menjadi manusia yang berguna.
Terima kasih ibu.


Ibu,
Kini anakmu sedang melangkah ke satu lagi tahap kehidupan yang belum pasti apa penghujungnya,
Tahap yang mungkin akan merubah sebahagian hidupnya,
Tahap yang terlalu banyak persimpangan dan liku-liku,
Ibu....tika ini diriku sangat mengharapkan doa dan kekuatan darimu. 
Bimbing dan tegurlah diriku sekiranya aku melakukan kesilapan,
Kerana ibu lebih memahami asam garam kehidupan.

Ibu,
Bukan sahaja doa dan kekuatan yang diriku harapkan,
Tetapi infiniti kemaafan yang tulus ikhlas dari hatimu turutku harapkan,
Kerna aku tahu, disepanjang dikau membesar dan mendidikku terlalu banyak kekilafan dan keterlanjuran bahasa serta perbuatan yang telah daku lakukan,
Maafkan kakak ibu.

Ibu,
Selamat Hari Lahir. Semoga ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dibawah rahmat dan kasih sayang Allah..Terima kasih ibu dan kakak sayang ibu dunia akhirat.

* Ikhlas buat ibu tercinta: Puan Natrishah Yahdy Shaari






Kalau Berminat..Jangan Segan nak Klik. Percuma

Commercial Break by Nuffug